Thursday, September 24, 2015

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan haii..



Walaupun masih dalam mode pantang, raya tetap raya! Malam tadi sampai kampung hampir tengah malam. Perjalanan lebih kurang 3 jam, tu pun da penat.



Menu pagi raya macam biasalah wajib ada ketupat, rendang, kuah kacang dan lodeh. Ada tambahan kari jugak dan lemang yang ditempah. Geram je aku tengok lemang dan kuah kacang tu tak boleh makan. Aku makan ketupat dengan rendang je. Kari dan lodeh ambik kuah je sikit. Bab pantang makan takpe kalau makan pedas sebab takde nyusukan baby kan. Kalau pantang baru lahirkan baby tu yang kena jaga tak boleh makan pedas takut baby sakit perut. Macam aku ni yang penting jauhi makanan sejuk dan angin. Lemang tu pulut kan, angin. Kacang pun angin.





Anak-anak seronok la jumpa sepupu boleh berteromba main lumba lari. Habis sepah lego satu rumah. Mak aku urut dada je la tengok perangai cucu.

Esok balik rumah mentua plak. Kitorang punya style wajib balik 2-2 kampung setiap kali raya tak kisahlah giliran siapa first. Kalau tak balik pun, at least jumpa kat mana2 pun jadik la.

Ok, nak sambung tido petang. Bahaha.. bye.

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. ko nampak kurus nad!haha kat blog pun aku komen gitu

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...