Wednesday, October 7, 2015

Memilih Tadika Terbaik Part 1

Assalamualaikum dan haii..

Dah lama tak cerita pasal Saif kan. Big boy dah budak sorang tu. Tapi perangai masih manja, masih tak nak mengalah gak dengan adik. Hari-hari tak bercakar dengan adik memang tak sah.

Cuma satu je yang tak berapa best is Saif masih belum petah bercakap. Dia boleh bercakap dan buat ayat sendiri cuma ayatnya tu tak panjang la. Contohnya dia akan cakap "Mama, nak minum orange." Kalau spesis petah akan cakap "Mama, nak minum air orange kurang manis letak ais 5 kiub please. Kita nak minum orange sejuk sebab hari ni kita rasa panassss sangat la. Mama tak panas ke?" Giteewww takrifan aku tentang petah bercakap.

So aku rasa ini adalah masa terbaik untuk aku mula fikirkan pendidikan formal untuk Saif. Ye la, sekarang ni dia dok taska tu bukan belajar sangat kan. Ada gak la dia menyanyi, belajar abc. Tu je la, tak formal sebab takde buku. Huhu.. Actually setiap hari pun aku memang akan ajar Saif walaupun hanya sekadar membaca S.A. bunyinya SA. At least sehari paling koman pun 1 suku kata la.

Atas faktor itu, aku mula buat survey tentang tadika. Cadangnya tahun 2016 nanti nak hantar dia ke tadika untuk belajar secara formal tapi tak mau yang skema sangat. Aku mencari tadika yang relax, more to play based education. Area rumah aku ni banyak tadika. Lepas da round2 and google2, aku list kan 3 tadika pilihan iaitu Tadika Arif Minda, Tadika LittleCaliph dan Tadika ABS. Aku ambil cuti dan set appointment untuk buat survey tadika ni.

1. Tadika Arif Minda



First impression, aku sangat suka tadika ni. Rumah dan halaman agak luas. Ada pool lagi. Interior pun ceria dan bersih tp aku tak snap gambar la sebab segan.

Aku jumpa dengan cikgu Hasisah namanya. Soalan aku tanya mestilah tentang modul pembelajaran. Ada banyak modul gak BM, English, Maths, Agama, kreativiti dll. BM guna buku Bacalah Anakku, gunakan kaedah phonics utk ajar membaca. English guna buku Read Easy. Yang lain2 aku tak tengok bukunya sebab ada kat student.

Selain tu yang bagusnya ada sesi one to one learning. Untuk belajar membaca, satu student akan jumpa teacher untuk baca. Satu kelas pun dia tak ambik ramai student. Untuk umur 4 tahun, dia limitkan cuma 15 orang sahaja.



Then pasal yuran plak. Bab teknik pnp tu aku dah berkenan da. Bila tang yuran tu, ehmm..kena fikir banyak kali gak la. Yuran bulanan rm420 untuk full day pagi sampai petang. Tapi kalau ada cuti sekolah, dia takkan mengajar, cuma buat daycare je dan kena tambah bayaran lain pulak. Tak paham plak aku kenapa perlu buat macam tu ek. Registration fee pun dah hampir RM1500. Gulp!



Tapi kalau parents yang banyak duit bolehlah pilih tadika ni. For first impression aku da boleh recommend tadika ni memang sangat bagus. Aku bukan nak berkira bab pendidikan anak tapi kalau aku boleh dapat yang setanding dengan harga lebih berpatutan, why not? Tapi ada ke? Huhu.. meh kita survey lagi..


Contact number Cikgu Hasisah

2. Tadika LittleCaliph



Tadika LittleCaliph ni memang dah agak glemer. Tuan rumah aku ni pun dulu pun hantar anak dia ke Tadika LittleCaliph tu la, bagus katanya. N based on yang aku google2 pun ramai recommend LittleCaliph ni.

Aku jumpa owner merangkap cikgu jugak kat situ, cikgu Rahayu. Macam biasalah aku tanya pasal modul2 semua. LittleCaliph menggunakan buku modul sendiri. Basic subject macam bahasa melayu, english, maths, jawi semua ada. Ditambah lagi dengan art and craft, hafazan, doa2, amali solat etc. Setiap subjek akan dikaitkan dengan unsur ketuhanan. Contohnya dalam subjek matematik "Mata ada 2. Mata untuk melihat alam yang indah ciptaan Allah." Gitulah lebih kurang pendekatannya. Masa aku datang tu bebudak semua tengah berkumpul berzikir ramai2, sejuk hati dan mata menengoknya.

Sayangnya banyak buku yang aku tengok dah takde. Cikgu Ayu kata ada org pinjam tapi tak pulangkan. Ada la dapat tengok beberapa buku yang student bawak. Penting tau nak tengok contoh buku. So far aku rasa buku dia sangat mudah untuk difahami.



Tang yuran pula adalah lebih murah iaitu RM380 untuk full day. Dan pada cuti sekolah tiada bayaran tambahan. Tapi ada bayaran RM300 untuk setiap semester. Total registration fee pun RM1500++. Ni termasuk la dapat uniform, beg dan buku semua. Macam nak bayar masuk universiti. Huhu..

Ni no.contact person in charge LC Bandar Saujana Putra : 03-51038648/019-2962241 (Cikgu Rahayu). Boleh tengok FB jugak, search je : LC BANDAR SAUJANA PUTRA.


Ok...stop dulu. Ada lagi tadika nak review. Part 2 plak. Bye.. zzzzz
posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. akak pun wat entry pasal tadika smlm
    http://amerislovely.blogspot.my/2015/10/sukarnya-memilih-tadikataskapra-sekolah.html

    tang yuran tu ngeri dengar... mcm nak masuk kolej. kita masuk uitm dulu pun tak semahal ni. rasa pihak kerajaan kena buat sesuatu...

    pening gak laa nak cari tadika utk anak ni kann... nadt

    ReplyDelete
  2. Gigih survey setiap tadika...aku dulu pun macam tu..anak nak masuk tadika, mak yg penat survey tadika sana sini...belum.anak masuk U nanti..
    X tau la macam mana plak...hehehe

    ReplyDelete
  3. pengsannnn baca..

    kene menabung untuk anak start dari dia lahir nampak gayenyeee..

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...