Saturday, October 10, 2015

Memilih Tadika Terbaik Part 2

Assalamualaikum dan haii...

OK, nak sambung lagi cerita survey tadika ni. Gigih mama nih meround segenap taman terjah satu-satu tadika.

3. Tadika ABS



Tadika ni kira baru jugak la. Aku tau pun sebab selalu keluar kat timeline FB aku. Tadika ni katanya gunakan kaedah mendidik anak dengan Teknik Nabi. Tadika ni dari segi interior pun besar dan cantik. Cuma bilik untuk budak 4y bagi aku agak sempit la. Dalam tu lebih kurang ada 10-15 orang aku lupa da. Dan bagi setiap subjek tu, akan bertukar-tukar guru.

Tak banyak info aku berjaya korek dari tadika ni sebab masa ni ownernya tengah tak sihat sakit tekak tak keluar suara. Aku nak tanya banyak pun serba salah. Aku ada tengok setiap bilik bagi setiap umur. Ada sorang cikgu tu aku tak berapa berkenan sebab macam garang je. Bebudak kecik biasala nampak orang baru kan excited. Bebudak ni ingatkan aku cikgu baru. Dah semua berebut2 nak salam siap peluk bagai. Aku layan je la. Tapi cikgu sorang tu dok jerkah "dah.. dah.. duduk semua!" Eish.. tak berkenan aku. Terus pangkah la jawabnye.

Tapi aku share jugak la monthly fee dia termasuk daycare is rm380. Affordable la kiranya.

4. Tadika Albaghdadi



Tetiba tambah satu lagi list tadika. Ni cadangan encik suami aku la. Aku memang selalu tengok iklan albaghdadi ni melintas kat wall aku so tak asing jugak la. Korang tau kan, alaaa.. teknik mengaji yang pakai kayu ketuk2 tu. Haaaa... yg tu la. Kat astro oasis kalau tak silap aku pun ada rancangan mengaji kaedah albaghdadi ni. So encik suami macam beria je, ok lah kita pi jugak survey.

Kitorang set appointment untuk jumpa owner merangkap cikgunya pukul 6 petang. So time tu cikgu lain n bebudak memang takdela. N masa tu actually diorang tengah dalam proses nak set up ruang so furniture semua masih tak kemas la. Tapi ble nampak la interior dia menarik.

Satu kelas dilimitkan hanya utk 10 orang. Tak boleh ambik ramai2 sebab kat albaghdadi ni fokusnya nak mengaji n hafaz quran. So bila x ramai bebudak boleh lebih fokus. Selain modul mengaji n hafazan, modul basic lain mcm membaca BM, english, matematik, art n carft dll pun ada. Tapi sekali lagi diulang, fokus utamanya adalah mengaji. Untuk rekod, student albaghdadi ada yang da khatam quran pada usia 6 tahun.

Tadika ni agak bagus sebab very islamic la. Aku berkenan jugak sebab da berangan kan bagus kalau Saif jadik hafiz. Boleh tolong aku masuk syurga kan. Huhu..

Cuma..cuma..cuma.. yang tak berkenan sebab lokasinya adalah atas rumah kedai. Dah la waktu pagi jem kat traffic light depan tu. Nak masuk situ boleh, tapi pastu nak keluar bukan main payah mencilok sangkut jem.

Itu je spoilnya. Oh ye, monthly fee dia termasuk daycare is rm430. Tu harga selepas diskaun jika daftar awal. Mahal sket la banding tadika lain tapi aku rasa berbaloi dengan manfaat belajar mengaji dan hafazan tu. Encik suami kata senang masuk tadika yg da ada ajar mengaji so nanti kalau anak da sekolah takdelah penat lepas abes sekolah nak pi mengaji lagi. Kalau dapat khatam awal lagi bagus Alhamdulillah.

Ni share sikit info yuran dan jadual yg cikgu ada wasap.








So tadika mana yang aku pilih?
posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...