Monday, October 12, 2015

Tadika Mana Yang Aku Pilih?

Assalamualaikum dan haii..

Haaaa... dah banyak2 tadika aku survey tu, agak-agak tadika mana yang aku pilih?

(yang da tengok kat FB diam haaaa.. hahaha..)


Agak- agak ni uniform tadika mana satu?


Jeng..jeng..jeng..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|


Melampau na nak surprise konon.

Oklah.. aku reveal la. Aku dah daftarkan Saif kat Tadika LittleCaliph! Yeahh!!Clap!Clap! Setelah puas dok fikir, timbang kati, timbang balik semua.. hope inilah pilihan yang tepat.

The reason aku pilih LittleCaliph ni sebab :
  1. Lokasinya atas tanah so boleh buat outdoor activity. Boleh berlari-lari kat luar.
  2. Modulnya mudah dan simple, so sesuai sangat bagi budak 4years yang baru nak mengenal alam pembelajaran formal (even main-main je banyak sebenarnya).
  3. Modul pertama adalah mengajar bebudak cara memegang pen/pensil dengan betul. Ya, Saif alami kesukaran pegang pen/pensil walaupun pueh la aku dok ajar. Maybe too much expose to tablet (my bad, sobsss). Hopefully cikgu ajar plak ok la. Once dapat pegang pen/pensil dengan betul, coloring, writing semua will be kacang. InsyaAllah.
  4. Berdasarkan kajian pada page FB diorang, cikgunya adalah orang yang sama sejak beberapa tahun so maknanya cikgunya memang berpengalaman. Takdelah kejap-kejap bertukar cikgu.
  5. Cikgu-cikgunya semua mesra alam (based on first impression la)
Mama is very excited you know. Malam sebelum registration siap pesan kat encik suami, "Jangan bangun lambat bang, esok registration day Saif. Lambat pi takut tempat da penuh."

Huhuhu... amboiihhh sangat tuuuu..

Time ni fitting size baju. Comey sangat aiihh.. Size S paling kecik, tapi bagi Saif pun gedoboh. Bulan 12 nanti baru dapat uniform. Pakej termasuk 2 pasang uniform, 1 kopiah, 1 sport tshirt, 1 annual sport shirt dan 1 school bag.

Bayar yuran. Aku bayar separuh je regisration free around RM600++ je sebab aku lupa cash out duit. Excited tapi lupa nak cash out, ape daa.. Tapi takpe, teacher kata baki boleh bayar paling lewat hujung bulan.

Monthly fee + day care = RM380 ye untuk makluman tuan puan sekalian.

Ceria kan tadika ni. Aku suka sangat. Nak buat camni gak kat rumah.

Safir pun seronok tumpang sekaki main-main. Dibawak berjalan senyappppppp je ye ko dik. 

Tak sabar nak tunggu Saif start sekolah tahun depan. Aku pun kena tukar shift masuk kerja 8.30 pagi la. Kalau maintain pukul 8.00 pagi memang tak sempat la nak menjerit2 suruh mandi n breakfast semua. Ok, nak cerita tu je.Byeeee...




4 comments:

  1. Excited kan bila nak daftar anak masuk tadika...tup2 kang dah sekplah plak

    ReplyDelete
  2. Tahniah. comel je dia pakai uniform sekolah

    ReplyDelete
  3. anak saya di LC sejak umur 2 tahun. ms tu masuk daycare. bila 4thn masuk kinder LC. skrg 5thn pun still LC. Next year nak stay je. So far Alhamdulillah sangat puas hati. dia pun hepi.

    ReplyDelete
  4. ku pun dh survey tadika aish, dh tgok lc usj ni, hamboiii ramainya dia ambik..tadika plus daycare 450, pastu klu ambik daycare nanti cikgu transfer naik keta ke rumah selang satu lorong, ok cancel x jd, pastu tgok tadika kat shah alam, half day 300, pastu bbsitter boleh jemput, half day ngan bbsitter 150, samo jugok..hehehehe, eh fee x menjadi hal, yg menjadi hal xmo la ramai sgt budak n klu boleh nak daycare terus ngan tadika sbb nk aish belajar disiplin, ada nap time ada makan time, klu umah bbsitter, lantak ko la, nk tido ke, xmo makan ke..huuuuu omaknya tgh buntus, minggu ni nk g survey lc shah alam pulak, amboiiii pjgnya bebel..hahahaha :D

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...