Monday, November 2, 2015

Suatu Pagi Yang Rebel

sumber : google

Pada suatu pagi, kau membelah jalan menuju ke kantor. Di bulatan utama, kereta berderetan beratur panjang. Ada yang tak berapa nak ada sivik mencelah di antara aturan sehingga laluan kau terhalang.

Tapi kau sabar. Tak mengapalah, ada hal nak cepat tu agaknya, bisik hati kau penuh dengan aura positif.

Pada suatu pagi yang lain, kau membelah jalan yang sama. Situasi serupa, pasti ada kereta yang tersengkang menghalang laluan kau.

Tapi pagi itu kau rebel. Kau tekan hon sekuat hati sambil jerit "Bongok! Tak belajar sivik ke???!! Kau ingat kau sorang je yang nak cepat haaa!!! Orang lain pun nak cepat pergi kerja jugak! Kalau kau nak cepat sangat, apasal kau tak gerak sebelum Subuh tadi??? La ni nak main selit-selit potong barisan. Aku selit kau kat celah pisau mesin rumput nakkk???!!!"

Nafas berdengus kasar. Puas melepaskan amarah.

Tapi betul ke marah itu dilepaskan pada tempat yang betul. Atau pun kau marah pada perkara lain tetapi dihamburkan ke arah lain.

Biasanya lumrah begitulah. Kalau tak, takkan lah wujudnya pepatah 'pukul anak, sindir menantu', 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar', 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'..

Semuanya berkaitan dengan satu faktor 'X' yang menjadi penyebab kepada suatu kerosakan yang lain.

So, apa yang kau perlu buat supaya faktor 'X' tak terus-menerus menjadi virus yang bernanah menjadi barah yang merosakkan hati kau?

Kuncinya 'SABAR'.

Cakap senanglah. If you're in my shoes, berapa lama nak sabar?

Tiangnya 'IMAN'.

Macam mana kuatkan iman?

Caranya 'SOLAT'.

Ambil wudhuk. Cuba rasai kesejukan air yang mengalir membasahi anggota tubuh. Sejuknya memadamkan api amarah. Dan saat kau lafazkan bait-bait bacaan dalam solat, hayati maknanya. Kau akan rasa satu ketenangan yang sangat mendamaikan hati.

Sebab tulah, perempuan yang tengah cuti solat mudah nak hot temper tak tentu pasal. Sebab tak boleh solat. Bila tak boleh solat, iman jadi tak berapa kuat. Bila iman tak berapa nak kuat, itulah jadinya punca hilang sabar.

As simple as that. Itu pun susah nak faham ke. Aiiihhhhh...


p/s : Bersabarlah dengan kaum perempuan yang adakalanya berubah menjadi kurang sabar..



2 comments:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...