Wednesday, December 2, 2015

Book Addicted

Dah lama tak share cerita pasal susun atur kan.. cuti sempena besday encik suami hari tu kitorang pi la ke IKEA untuk beli rak buku yang dah lama aku dok zikir kat telinga encik suami. Bukannya pe, sejak pindah rumah baru ni setahun lepas, ada 2 kotak buku dan file yang terperuk. Oh ye, nasib la encik suami pun minat beli buku gak so nampak la kan kepentingan rak buku tu.

Macam-macam jenis buku aiihhh.. ni koleksi buku encik suami ni..

Dan walaupun ada banyak buku yang aku tak habis baca lagi, tapi aku memang tak boleh control diri untuk beli buku baru setiap bulan. Kiranya duit gaji tu mesti ada portion la untuk beli buku. Ada yang kata buat apa beli kalau tak baca. Actually buku-buku ni memang kekadang tak sempat nak baca, tapi adakalanya buku ni akan dibaca oleh orang lain.

Ada sekali, someone email kat aku bagitau nak beli salah sebuah buku yang aku pernah review dalam blog ni. Katanya da puas cari buku tu tak jumpa so dia nak beli buku tu dengan aku. Actually aku tak habis lagi baca buku tu tapi sebab orang tu bersungguh-sungguh nak, aku bagi je. Tak jual pun.

Hantaran kahwin dulu pun antaranya adalah buku. Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'. Femes kan buku tu. But then MIL berkenan dengan buku tu sebab ustaz kat surau belakang tu gunapakai buku yang sama. So end up bagi kat MIL buku tu. Then aku beli lagi buku tu. Sebab aku rasa buku tu sangat bagus, setiap rumah mesti ada buku ni sebagai manual guide.

'Aku Terima Nikahnya' tu hantaran encik suami untuk aku. 'Indahnya Hidup Bersyariat' tu hantaran aku untuk encik suami. Lagi baguiihhh bagi buku daripada benda-benda mengarut yang mahal-mahal. 2-2 buku ni memang da khatam n da berapa kali ulang baca dah. Memang bagus sangat.

Ok lah, ni rak buku yang aku da susun. Aku susun gabungkan 2 rak ni macam ni. Memang sengaja beli rak yang sama sebab nak matchkan dengan rak lama. Aku suka rak ni sebab simple n boleh adjust tinggi rendah setiap rak tu. Yang kat dalam folder putih tu fail yang simpan semua rekod pasal rumah, kereta, bil-bil etc. Nanti nak buat label cantik-cantik sket tampal kat folder tu. Hiii..

Rak buku ni model BILLY kat IKEA. Yang kiri-lama, yang kanan-baru. Kot beranak-pinak lagi buku nanti beli lagi rak yang sama, sambung-sambung je.

Buku-buku ni aku susun ikut kategori genre buku. 2 yang atas belah kiri tu genre islamic. 3rd dan 4th row plak buku-buku berkaitan self-improvement. Belah kanan tu plak yang 2 atas bil-bil, 3rd tu genre apa ek nak cakap, jenis motivasi jugak la tapi versi santai macam UYDL, Diagnosis etc. 4th plak buku-buku resepi. Yang bawah-bawah tu letak magazine. 

Dan kalau korang perasan, aku susun buku tu ikut ketinggian. Paling tinggi belah kiri then menurun makin rendah ke belah kanan. Dari dulu memang suka susun macam ni. Huhu.. kalau susun tak ikut ketinggian buku tu rasa annoying sangat. Hahaha..

Ok la, nak share tu je. Bye..

 

2 comments:

  1. kreatif la awak,berkenan pulak sy tengok rak buku tu.. sy pun ada gak koleksi buku tp novel la mostly..nak kena carik jgk rak mcm awak tu kat ikea sbb skg duk susun kat rak kecik2 je..tu pn dh bersepah sepah huhu..salam kenal dr sy ye.. :)

    ReplyDelete
  2. banyak jugak koleksi buku korang..
    saya nan hadoooo.. hehehe

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...