Wednesday, December 23, 2015

Jaga Baik Baik..

Korang ada tengok tak iklan yang si maria paridah tergedik-gedik gebus gebas kat tv3 tu? Eishh.. meremang bulu roma tengoknya. Kalau keluar iklan tu cepat2 aku alih channel, tak elok utk tontonan kaum lelaki dalam rumah aku ni. Huhu..

Ok, bukan nak cerita pasal iklan tu pun tapi pasal produk penjagaan muka ni ha.. sedar diri la jugak usia makin meningkat, risau jugak kalau berkedut sana sini. Setakat ni kedut2 macam takde lagi tapi muka memang nampak tak berapa nak tegang. Maunya tak, kalau da asyik berkerut muka kat ofis n kat rumah dengan anaknya..

Bila ada anak ni, memang rutin penjagaan muka sedikit terabai. Nasib baik la zaman anak dara dulu aku da telan berkodi-kodi kolagen so selamat la lambat sikit proses penuaan tu. So sekarang kena jaga muka balik.

Nak bagi muka tegang, kenalah pakai produk yg ada kolagen ye tak. Setelah puas membelek segala produk kat watson tu, akhirnya aku pilih untuk beli Nutox Anti Ageing Cream. Cream ni aku pakai waktu malam je la sbb waktu kita tidur tu la cream ni akan rawat muka kita. Gitu.. waktu siang aku pakai Safi Rania Gold, tunggu krim tu sikit lagi nak abis, pastu sambung pakai Nutox ni plak.


Kotak baru beli haaa buktinya..


Bekas cream gini la

Pastu aku beli gak mask yang ada kolagen. Lama gila tak pakai mask. Kali terakhir 2 tahun lepas kot. Hahaha.. ni malam tadi aku pakai mask ni, sibuk je budak 2 org tu nak belek2 muka aku. Saif siap cakap 'takut..takut..' cehh.. time pakai mask memang la takut. Tengok nanti mama da bukak mask mesti Saif terpegun dan berkata 'wahh..tantekkk..' hahaha..


Dari dulu aku suka brand Activa ni. Sebelum ni pakai yg Double Whitening. Ni pakai yang Firming plak la. Kata nak bagi muka tegang kan...

Ok. Tu je aku nak share bab jaga muka waktu malam. Kulit aku ni tak berapa nak cantik so kena jaga lebih sikit la. Bak kata mokcik maria paridah 'JAGA BAIK-BAIK..'

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. Akk plg xsuka iklan tu..husb akk yg lelaki tu pun ckp memalukan laki sndri kot si maria tu..hahahha

    Wahh..akk pun nk pakai jugak anti kedut ni tp ingat nk try olay

    ReplyDelete
  2. gedik giler iklan tu. gelak je bila tengok.

    saya makan vitamin C je

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...