Tuesday, March 31, 2015

Authentic Coach Wrislet To Let Go!

Assalamualaikum dan haii..

Update laju-laju

Nadt nak letgo authentic coach wrislet ni. Size medium.Muat note3. Beli 2 bulan lepas. Condition 9/10. Reason to letgo: nak upgrade large wrislet hehe.. Harga letgo: RM180. Sape berminat meh e-mail laju2 ye.

Email : nadiabintihairi@gmail.com

Friday, March 13, 2015

Parenting tips : Sentiasa bersangka baik dengan anak


 sumber : almizan.wordpress

From Ustaz Ebit Lew :

Jika anak MANJA jer nak dukung. Itu tandanya mereka anak yang tahu nilai bahu mak ayah mereka..

Jika anak NAK IKUT KELUAR RUMAH dan tak nak tinggal itu tandanya mereka bakal Daie besar..

Jika anak ASYIK BERCAKAP tak berhenti itu tandanya mereka akan menjadi pendakwah yang suka berdakwah..

Jika anak SELALU BERGUSTI itu maknanya mereka pejuang agama. Mereka akan menegakkan kebenaran walaupun ia pahit...

Jika mereka PECAHKAN BARANG dan berebut barang kerana mereka inginkan perhatian ibubapa..

Anak KUAT MENANGIS insyaAllah esok dah besar senang mereka menjadi orang mudah menangis masa berdoa dan solat serta membuat amal baik..

Anak LAMBAT SIKIT BERCAKAP mungkin kerana mereka dahaga belaian dari ayah mereka yang sibuk.

Anak remaja dah besar macam-macam permintaannya itu tandanya mereka perlu di bawa bermujahadah di jalan Allah supaya mereka tahu erti hidup susah..

Anak remaja SUKA MENYENDIRI mungkin Allah nak ingatkan keluarga itu supaya mula hidupkan sunnah dengan makan berjemaah dan berjalan bersama-sama yang mungkin sudah lama tidak dibuat..

ANAK ASYIK BUAT SALAH kerana mereka tidak mendapat keadilan seperti adik beradik lain.

Anak BERPURA PURA dan banyak musihat mungkin kerana ibubapa kurang mendengar dan 
memahami mereka serta mungkin ibubapa selalu bergaduh depan anak-anak...

Anak GILA ARTIS dan glamour mungkin kerana ibubapa pun kaki tv dan hp dan boleh perlahan kurang-kurangkan dan beri masa baca hadis bersama anak-anak dan bawa majlis ilmu..

Anak KUAT MELAWAN mungkin kerana kita di istidraj kerana tidak jaga solat berjemaah dan kurang bangun malam...

Sebagai anak pula jadilah anak yang membuat ibubapa tidak sempat nak sangka buruk dan bercakap buruk pasal kita.

Ya Allah jadikanlah anak kami daieMu dan berjaya dunia dan akhirat dan jadikan kami anak yang menyukakan kedua ibubapa kami dunia dan akhirat.Ya Allah terimalah kami semua.


Monday, March 9, 2015

Susu Murah Kat Tesco

Assalamualaikum dan haii..



Nak habaq mai nih stok susu murah-murah naaaa kat Tesco! Biasa aku beli susu Dutch Lady 123 untuk Saif ni, harga paling murah boleh dapat RM21.99. Ni kat Tesco tengah buat sale harga susu cuma RM19.99 je!

Anak aku minum susu murah je. Senang, jimat, low maintenance anak aku ni. Jangan ada yang nak cop kata aku ni kedekut beli susu anak plak. Dah anak aku boleh minum susu perasa coklat je ada ko kisah kan. So ni je la susu yang tekak dia boleh terima takkan aku nak paksa jugak dia minum Enfagrow gak kan. LOL.

So berbalik pasal susu murah tadi. Apa lagi borong la.. tapi aku tak borong banyak sangat la. Beli 6 pek je. Cukup la tahan 2-3 bulan. Saif sekarang da kurang minum susu. Saje aku limitkan. Dan aku perasan sejak aku limitkan dia minum susu ni, selera makan dia da ok. Hari-hari da boleh makan nasi. Seronok tengok dia makan nasi aihhh..

Cepat-cepat la grab. Tak sure promotion ni sampai bila. Sebelum stok habis, cepat2 la ye serbu Tesco berdekatan. Aku rasa dia bagi murah ni sebab Dutch Lady da keluar packaging baru. Packaging baru bermakna harga pun baru la ye. Pandai plak tu packaging baru ni satu paket jadi 900gram je berbanding 1kg packaging lama. Jangan ingat harga barang akan sama selamanyaaaa.. ni marketing strategy namanya menaikkan harga barang tanpa pengguna sedar kecuali pengguna yang bijak macam aku..hahaha..n jangan risau expired date pun lambat lagi. Tahun 2016 tu haaa expired date nya.


Friday, March 6, 2015

Validasi Kuku Besi


sumber : google

Assalamualaikum dan haii..

Kononnya la kan nak update blog selalu. Sekali terperangkap dengan validasi. Hohhhh..huru hara hidup!

Pertama kali tengok tarikh validasi dalam sistem, otak jadik blank. Macam eh..biar betul..betul ke ni..Blurrrrrr.. drive balik keja pun dengan otak blurrr.. even dinner pun jadi tak lalu makan.

Bagi penjawat awam kategori aku ni, validasi adalah benda yang paling kau nak tapi tu lah jugak benda yang paling kau takut. Camno? Nak tapi takut.

Maka bermulalah proses pengumpulan dokumen yang maha serabut. Seriously masa ni meja da tak serupa meja. Penuh fail. Tak cukup meja, sampai ke lantai pun bersusun dokumen. Sometimes sampai balik lewat sebab nak setelkan fail. Macam aku ni sampaikan terpaksa berulang-alik ke Pahang nak korek balik fail-fail lama aku dulu kot ada lagi. (-_-)

Aku tak nak cerita banyak pasal proses yang aku harungi sepanjang nak hadapi validasi ni. Cuma yang aku kongsikan adalah erti syukur.

Aku bersyukur dikurniakan keluarga yang memahami terutamanya Encik Suami. Lebih kurang 2 minggu jugak la dapur 'closed' sebab aku takde feel nak memasak. Mujurlah Encik Suami tak kisah, sudi tapaukan dinner anak beranak. Hiii..thanx sayang.

Aku bersyukur dikelilingi rakan-rakan yang menyokong aku. Rakan-rakan di tempat kerja lama yang tak kedekut menghulurkan tangan memberi bantuan yang aku perlukan. Ternyata semangat setiakawan masih kuat. Sayang korang! Tak lupa jugak team di organisasi kini yang sudi memberi ruang untuk aku berada dalam dunia validasi aku. Terima kasih sangat, rasa lega dan lapang nak setelkan kerja.

Dan aku paling bersyukur bila Allah memberikan laluan paling mudah untuk aku. Walaupun ada banyak perkara adhoc yang tak terduga, tapi rupanya apa hikmah yang juga tak terduga. Dan bila aku sampai ke jalan buntu, Allah clearkan kebuntuan tu sehingga apa yang aku perlu semuanya jadi ada. Memang banyak sangat la perkara yang aku buat terfikir yang Allah memang nak permudahkan jalan untuk aku. Sebab ada suatu tahap aku jadi down dan hampir nak putus asa tapi satu demi satu peristiwa berlaku sampaikan aku bersemangat balik untuk teruskan perjuangan.

Dan..aiiih..akhirnya tamat sudah sesi validasi. Alhamdulillah semua berjalan lancar, amat mudah. Terlalu lancar pulak aku rasa sampaikan aku jadi takut pun ye jugak apasal lancar sangat ni. Takpelah, Allah lebih tahu kan..

Bak kata panel "Saya cuma sahkan di borang. Tapi yang betul-betul sahkannya, tu yang kat 'atas'. Dia yang sahkan semuanya."

So faham la. Rezeki semua Allah dah tentukan. Ada rezeki adalah, kalau takde tu pasti ada hikmahnya jugak. Yang penting kita dah usaha. Kalau duduk goyang kaki je memang tak la kan rezeki tu nak jatuh bergolek kat kaki kan.

Ok..meh kita bekerja dengan lebih gigih. Work hard, work smart. Family first.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...