Wednesday, November 18, 2015

Pengalaman Lasik Di Advance Vision Part 2

Haii korang. Lama da hutang sambungan entri lasik ni. huhu.. hari aku cuba update laju-laju.Yang belum baca Part 1, boleh baca kat sini ye : PART 1

Bye bye spek! Love u my bff!

So akhirnya tibalah hari yang ditunggu-tunggu iaitu hari JUMAAT 6 November 2015. Aku punya appointment pukul 9.30 pagi tapi pukul 9.00 pagi tu dah kena adalah. Aku sampai lebih kurang 8.50 pagi tapi da ramai orang beratur kat luar pintu klinik. Nak berebut nombor giliran la tu. Even kita da set appointment pukul berapa tapi still kena ambik nombor giliran ya sebab patient akan ikut batch. First come first serve. Aku first batch, orang ke-3.

Oh ye.. sukacita diingatkan pada hari surgery ni make sure NO MAKE UP, NO DEODORANT, NO PERFUME and any chemical yang wangi-wangi melekat di badan. Lepas mandi pagi tu tak payah nak pakai semua benda tu lagi. Sebabnya mesin tu sensitif dengan chemical yang wangi-wangi ni (walaupun ko rasa benda tu tak wangi pun), takut akan meruwap dan bagi side effect yang tak best lah.

Tempat menunggu tu kat tingkat atas. Lampu malap je tak tau la apa motifnya. Mungkin untuk tujuan penjimatan atau nak bagi relax hati patient yang dug dag dug dag tunggu giliran. Masa menunggu ni, nurse ada titiskan ubat mata. Ubat ni untuk bius rasanya sebab dia sebut anestetik. Time ni spek da boleh simpan dalam beg ye. Nurse pakaikan surgery cap tutup kepala tu. Dan sarungkan baju untuk surgery. Oh ye, dicadangkan pada yang bertudung supaya pakai inner tudung di dalam sebab tudung kena bukak. Sebab time lasik nanti doktor akan bubuh air yang banyak kat mata so akan meleleh-leleh, kalau pakai tudung memang basah la. So pakai inner, kalau basah pun lepas surgery nanti boleh bukak n sarung tudung lain senang.

 Bilik untuk buat lasik!

Siap pakai cap n baju untuk surgery. Muka tutup sebab nyampah tengok kusam sangat. haha..

Pukul 10.00 pagi aku dipanggil masuk. Masa tu patient ke-2 tak finish lagi. Nurse suruh aku duduk kat satu bilik kecik, ruang menunggu. Masa ni nurse titik lagi ubat dalam mata. Dia lap-lap ubat jugak sekitar keliling mata untuk sterilize. Aku tutup mata je masa ni sambil dengar bunyi mesin tettt tetttt tettt dok operate 2nd patient tadi. Time ni rasa berdebar lagi.

Tak lama kemudian, nurse panggil aku untuk ke operation theater. Aku imagine tempat operation tu kecik je la ala-ala tempat klinik gigi. Sekali masuk.. wahhhh.. besar tempat tu. Warna putih terang benderang dengan spotlight besar memang sebijik macam operation theater kat hospital. Ada mesin besar kat situ, Dr Yeoh dengan peramahnya greet. Tak buang masa terus baring kat mesin tu. Berdebar aiiihhh..

Then Dr lekatkan tape kat kelopak mata aku supaya tak tutup. Mula dengan mata kanan dulu. Then dia pasang alat besi kat mata tu supaya sentiasa terbukak tak boleh tutup langsung da. Masa pasang besi ni memang rasa tak selesa. Nak kata sakit, tak sakit la cuma tak selesa je. Ada red light kat atas, kena fokus tengok red light tu tapi susah jugak la sebab sebelah red light tu ada white light yang sangat terang. Ye la doktor mesti nak ada cahaya terang baru boleh nampak biji mata kita tu kan. White light tu punya terang sampai rasa silau so memang mata macam nak terpejam je tapi tak boleh la kan sebab da ada besi tu cengkam mata. So kena tahan je la dan cuba fokus pada red light tu.

Dr mula bukak flap mata. Then akan mula melaser. Akan dengar bunyi teettt tetttt tetttt diiringi bau hangit. But serius tak rasa apa-apa langsung. Sekejap je dalam beberapa saat then aku dengar nurse count down 5,4,3,2,1.. finish. Then flap mata tutup balik rasanya. Aku pun da lupa. mesti la tutup kan. hahaha.. Dr titiskan air yang sangat banyak kat mata, meleleh-leleh ke tepi telinga tapi takpe sebab kat telinga da siap-siap lapik dengan kapas tebal.

Then terus move to mata kiri plak. Proses yang sama. Seriously sekejap aje. Macam eh dah siap?
Then terus bangun, nurse pimpin aku keluar dari operation theater tu terus duduk kat luar tempat menunggu tu.

Masa tu, mata still kabur. Aku pun rasa macam eh betul ke mata aku da ok ni? Aku duduk je kat situ dulu bagi hilang sikit mata kabur. Sambil-sambil tu aku cuba tengok keliling kot-kot da hilang rabun ke, tapi masih kabur.

But...but.. dalam 10 minit kemudian tu, aku baru perasan yang muka seorang patient kat luar tu (jarak dalam 7 meter) makin jelas. Sebab kalau time rabun tak pakai spek, memang haram la nak nampak muka orang. Yang ni, aku da boleh nampak bentuk muka orang tu makin jelas, nampak la ada misai janggut. Huhu.. time ni da mula excited.

Then, bila rasa da stabil sikit, aku turun bawah. Dah boleh terus balik. Huhu.. sebelum tu appointment book da set siap-siap tarikh dan masa untuk post-check.

Aku keluar dari klinik tu, terus tuju ke kereta. Encik suami jadik driver hari tu sebab memang dinasihatkan supaya patient bawak partner untuk drive balik lepas surgery. Masa dalam kereta tu, aku toleh tengok bank kat sebelah klinik tu. Wahhhh aku da boleh nampak signboard bank tu! Walaupun still kabur-kabur tapi da makin jelas. Makin excited!

On the way balik tu (terus balik! jangan gatal singgah mana-mana!), aku makin excited la sebab da boleh baca signboard jalan. Nombor plat kereta kat depan pun da boleh nampak. Masa ni aku rasa vision aku da bertambah baik dalam 50%-60%. Dalam masa sejam kot ni lepas surgery. Aku pakai spek mata hitam.

Selepas surgery. Mata da start pedih masa ni.

But then, aku mula rasa mata pedih. Aku ingatkan sebab silau tapi teringat optometrist ada kata lepas ubat bius habis, mata akan pedih macam potong bawang tu. Haa.. memang pedih macam potong bawang tu la sampai tak boleh bukak mata. Meleleh-leleh air mata pedih. But dont worry. Pain killer dan ubat tidur turut dibekalkan. Terus makan ubat then tidur dengan air mata meleleh-leleh tak henti. Berguling jugak la aku kat katil tahan pedih sampai tertidur.

Pelbagai bekalan ubat

Bangun tidur, pedih mata da hilang! Dan vision aku makin baik. Dah boleh nampak jam dinding kat bilik. Then pi mandi. Amaran keras : Mata tak boleh kena air untuk tempoh 3 minggu. So nak mandi or wudhu, tutup mata then sapu air perlahan je kat muka. Mata pun tak boleh tonyoh-tonyoh ye, terbukak balik flap mata tu naya je. Ubat jangan lupa bubuh!

Then, aku turun bawah cuba tengok TV. Masa ni ada still silau sikit tapi subtitle cerita kat TV da boleh baca. Tu yang excited tu. But still ada glow la keliling subtitle tu.

Tido kena pakai penutup mata ni untuk elakkan tertonyoh mata time tido

Esok harinya kena pi post-check up. Pagi tu aku try tengok tv lagi, da hilang da glow kat subtitle TV. Dah sharp la kiranya vision aku ni. Huhu.. dalam tempoh 24 jam ni aku rasa vision aku da bertambah baik 100%! Hahaha..

So post-check yang pertama ni, optometrist check power mata da makin ok ke tak. Aku rasa macam da 100% tapi optometrist tu kata dalam 90%. Tapi yang pentingnya bagi aku sendiri dah boleh tengok dengan sharp dan jelas tu da cukup bagus da bagi aku. Takkan nak tahap HD kot mata aku. Hahaha.. Then jumpa lagi dengan Dr Yeoh check mata. Dia kata "Beautifu! Ok, bye!" Hahaha.. 15 saat je jumpa dia then terus balik.

N now da hampir 2 minggu, aku rasa memang mata aku da 100% bagus. Aku da drive waktu malam, ok. Drive waktu hujan lebat, ok. Sebab vision waktu driving tu yang penting kan. So far semua ok. Seronok sangat sebab memudahkan kehidupan aku. Dan aku masih membiasakan diri dengan vision baru ni. Kekadang tengah baca buku, spontan tangan aku gerak nak betulkan cermin mata padahal tak pakai pun! Hahaha.. da terbiasa. Waktu malam nak tidur pun macam serba salah nak tidur sebab rasa macam tak bukak contact lens lagi. Hahahaa...

Aku sangat-sangat suggest korang buat kat Advance Vision ni. Harga sangat berpatutan dan hasil terbaik. Kalau rasa tak puas hati boleh datang buat balik free sebab ada lifetime warranty. Doktornya berpengalaman even tak glamour sangat. Glamour sebenarnya tapi dalam chinese newspaper la. huhu..

Syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. Allah pulangkan semula nikmat penglihatan ni. :)

Total kos : RM2888 (including post check up) + RM80 detail check before lasik
LIFETIME WARRANTY

Kat bawah ni aku bagi perbandingan la macam mana vision aku sebelum dan selepas buat lasik.

Sebelum. Masih rabun. Blur je tak nampak hape.

Selepas 1 jam surgery. Da boleh nampak tulisan even ada blur. Rasa macam berselaput sket.

Selepas 1 minggu. Vision totally clear.

Kan best pakai shawl da tak kembang sebab spek. Huhu.. No eye make up for 3 weeks. Waaa..tak best betul tak boleh pakai eyeliner. Sabar...

Boleh tengok website : Advance Vision




Wednesday, November 11, 2015

Pengalaman Lasik di Advance Vision Part 1

Tu dia entri yang ditunggu-tunggu..huhu..

Aku memang da lama berkobar-kobar nak buat lasik ni. Tapi tau je la nak buat lasik ni bukannya murah. Kumpul-kumpul duit, eh terguna plak duit.. kumpul lagi.. eh terguna lagi duit..kumpul lagi.. eh.. eh.. memang dasar tak boleh pegang duit banyak.

Sebelum ni aku hampir-hampir nak buat kat Optimax. Masa tu ada promosi lebih kurang RM5K kot untuk both eyes. Itu 4 tahun lepas punya cerita la. haha.. tapi masa tu tetiba aku macam cuak plak nak buat, then cancel. huhu..

Then aku survey tempat lain plak. Tempat yang glemer of course la kat PCMC dengan Prof Muhaya. Masa tu pun harga masih promosi RM6999 for both eyes. Tapi still rasa sangat mahal bagi aku. So dok berkira-kira lagi. Sampai la bila Prof Muhaya da bukak klinik sendiri, harga naik lagi mahal around RM8K - RM10K. Nangis laju-lajuuuuu..

Then one day opismate aku kata "Nadt, try tengok ig Maria Elena. Dia da buat lasik. Murah! Less than RM3K!"

Perghh.. terbuntang bijik mata aku dengar harga murah gitu. Actually ada gak aku survery2 ada yg harga murah gitu tapi takde testimoni meyakinkan.  Ni bila Maria Elena yang buat, terus confident level aku naik to the maximum level.

Maka bermulalah aku survey this pakar mata : Advance Vision

Encik suami snapkan gambar centre ni..

Hasil survey kat blog dan forum, boleh dikatakan semuanya bagi feedback yang positif dan memuaskan hati. Memang makin terujalah aku dibuatnya. Sebab memang murah tu! RM2888 for both eyes including all the follow-up. Ok meh kita ke cerita selanjutnya.

So aku pun mulakan call untuk set appoinment bagi check mata dulu sesuai ke tak nak buat lasik ni. Kena set appointment ye sebab orang sangat lah ramai. Oh ye tempatnya kat TTDI ye. Dekat ngan Uptown Damansara. Aku set nak jumpa hari Sabtu, pukul 10 pagi. Ramainya orang. Dah la aku bawak budak kecik 2 orang tu, diorang pun da mula tak senang duduk nak merayap sana sini. Sudahnya aku suruh encik suami bawak bebudak ni pi rumah kakak ipar aku yang tak jauh pun cuma 10 minit je dari klinik mata ni. 

Interior. Dalam ni ada kedai buat spek mata jugak.

Pemeriksaan mata yang pertama adalah percuma. Optometrist akan check power mata kita macam check nak buat spek mata tu. Then dia akan periksa ketebalan kornea mata kita. Ketebalan kornea mata ni la yang akan menentukan samada ko layak atau tak nak buat lasik ni. Kornea mata yang nipis tak layak ye. Biasanya makin tinggi power mata kau, makin nipis la kornea mata. Mata aku power kanan 375, mata kiri 350. Bila check ketebalan kornea, Alhamdulillah perfecto! Cukup tebal untuk buat lasik. Optomestrist tu kata ni kalau nak buat 8 kali lasik pun boleh lagi. huhu.. Ada la range ketebalan tu aku tak ingat berapa. Yang penting bila da potong tu nanti (potong??), minimum ketebalan kornea mestilah lebih 250 (mm kot?). Aku punya kornea 400 lebih so layak lah. Hehehe..

Ok bila da layak dan confirm setuju nak lasik, kena buat 2nd test. 2nd test ni kena bayar RM80 dan ini tidak termasuk dalam caj RM2888 tu ya. 2nd test ni, dia akan titiskan ubat untuk besarkan anak mata tu. Masa ni mata akan rasa cekang, tegang dan silau. Then kena tunggu dalam setengah jam sebelum dipanggil untuk masuk jumpa doktor. Doktor kat sini cuma ada seorang je iaitu Dr Yeoh. Yang lain semua optometrist n nurse. So Dr Yeoh akan check mata kita, sambil tu dia terangkan prosedur lasik tu dengan sangat laju. Nasib la optometrist tu da expain dulu kat aku so apa yang Dr Yeoh cakap tu aku buat tak tahu je sebab laju sangat, tak boleh nak tangkap sangat butir apa dia cakap. Huhu.. check dalam 5 minit. Then finish. Lepas da check tu, nurse akan titikkan ubat lagi sekali untuk kecikkan semula anak mata kita. Ada la rasa pedih-pedih sikit n pastu silau giler macam vampire yang tak boleh kena matahari. Mata jugak akan jadik blur-blur untuk tempoh 4-5 jam. So kalau korang rasa mata korang blur lepas kena titis ubat tu, its normal.

Selesai bab check mata, kena bayar dulu RM300 untuk deposit. Next time bila nak bayar full, akan tolak la RM300 ni. Seb baik aku baru kuarkan cash oiii.. boleh la bayar deposit. Then terus set appointment untuk surgery. Surgery hanya dibuat pada hari JUMAAT sahaja. So aku pilih tarikh 6 November 2015.

Tapi sebelum sampai hari nak surgery tu, kena buat satu lagi test mata, final test la untuk confirmkan power mata sekali lagi. Final test tu aku set 5 November 2015. Sekejap je final test ni. Aku beria-ia la ambik half day khamis tu sebab set appointment kol 3 petang. Tup-tup setengah jam je da setel. Tu pun termasuk tempoh menunggu. Tang jumpa Dr.Yeoh tu adalah dalam 15 saat je kot. Huhu..

So.. the real LASIK SURGERY... to be continued in Part 2.. hehehe..

Aku da tak sanggup pakai double spek macam ni lagi setiap kali driving. Maaf, wajah kena cover sebab menyampah tengok jerawat kat muka sendiri.

Thursday, November 5, 2015

Sakit Mental

Semalam aku attend satu kursus ni. 'Kesihatan Mental. Shopaholic: Realiti vs Fantasi'. Lebih kurang gitu lah tajuk kursus ni. Encik suami gelak bila tau aku attend kursus ni. Dia kata sesuai sangat aku attend. Cettt..

Even tajuknya pasal shopaholic but actually pengisiannya lebih kepada berkenaan penyakit mental itu sendiri. Shopaholic tu sendiri nama saintifiknya 'Compulsive Buying Disorder'. Adik beradik jugak la dengan 'Obsessive Compulsive Disorder'. Biasanya org yg ada CBD ni berkait gak dengan OCD.

Shopaholic ke aku ni sampai nak attend kursus ni? Bagi aku, aku tak sampai tahap shopaholic lagi. Aku memang suka membeli (sampaikan diberi status ratu online kat ofis 😅), tapi setakat ni masih terkawal. Buruknya shopaholic ni kalau sehingga menjejaskan orang lain contohnya pasangan, anak2, keluarga dan rakan2.

So kat sini aku nak share beberapa point yang bagus untuk dijadikan panduan dan amalan.

1. Meraikan persamaan, menghormati perbezaan. Point kat sini is setiap orang adalah unik. Kisah hidup masing2 tersendiri. So tak boleh nak pukul rata semua orang sama.

2. Orang luar boleh bagi solution kat kita tapi pilihan tetap di tangan kita sendiri dan yang menjadikan ia nyata adalah dengan izin Allah. Contoh : kita boleh pilih untuk mati. Nak mati, terjun je lah bangunan 28 tingkat. Tapi yang tentukan mati atau tidak tu akan berbalik pada keizinan Allah. Kalau Allah tak izin kau mati, kau terjun tiruk dari Gunung Everest pun boleh rileks je terus hidup.

3. Sentiasa berbicara dengan Allah. Setiap perbuatan kita, selitkan dengan bicara dengan Allah. Contoh : nak makan kita baca doa makan. Bagus dah tu. Tapi cuba selitkan bicara dengan Allah. 'Ya Allah, moga2 walaupun aku makan nasi beriani ni 2 pinggan tapi aku tetap takkan gemuk Ya Allah.' Setiap perbuatan. Bila nak marah anak, teringat plak bicara dengan Allah. So kau nak teruskan ke marah anak lepas da bicara dengan Allah?

4. Sentiasa mendoakan org lain dan minta org lain doakan utk kita jugak. Sebab kita tak tau doa siapa yang spesis mudah makbul. Selalu kan kita tengok kat FB orang upload status 'Mohon doakan anak saya cepat sembuh' padahal demam je pun. Eh tapi bagus tu sebab kita tak tau kot sapa2 yang baca status tu rupanya spesis yg makbul doanya maka didoakan dan sembuhlah si anak. Memang doa mak ayah paling makbul tapi kekadang ada perkara yg boleh jadi penghalang doa tersebut. Contohnya : kita buat bisnes. Tak putus doa, solat dhuha tak miss, rajin sedekah. Tapi masih tak kaya2. Sebab? Rupanya ada penghalang. Kita pernah menyakitkan hati orang. Tu yang jadi doa tak makbul.

5. Jangan misjudge orang yang sakit mental ni. Diorang tak minta jadik macam tu. Macamlah orang yang kena sakit jantung, ada dia sengaja mintak nak ada sakit jantung? Takde kan. So cuba bagi support.

6. Kalau kau rasa diri kau stress, ada ramai lagi orang yang lebih stress sampai jadi penyakit mental. So kalau tak nak jadi mental, control stress tu. Berbalik kepada point no.2 tadi, kita ada pilihan samada nak stress atau tak stress.

Tu je la point2 utama yang aku nak share. Tak banyak kaitan dengan shopaholic pun sebab perkara ni memang boleh dikaitkan dengan semua benda dalam kehidupan seharian kita. Banyak point actually more to law of attraction. Ye la penceramah ni pun more to bidang spiritual.

Ok, moga bermanfaat untuk korang. See ya..

posted from Bloggeroid

Tuesday, November 3, 2015

Tentang Safir

Jarang kan aku bukak cerita pasal Safir. Kalau time Saif dulu, tiap-tiap bulan aku update. Tapi tang Safir ni jarang sangat aku update. Bukan pilih kasih ye. Hanya masa yang kurang mengizinkan aku nak update selalu.

So, apa je korang nak tau pasal Safir? Hahaha..

Nenek selalu kata saya ni anak cina..huhu

Safir sekarang da 1y3m. Besar dah anak bujang kecik ni. Tapi pergi mana-mana pun mesti orang dok tanya berapa bulan ni?

Sebabnya Safir masih belum berjalan!

Rilex.. rilex.. aku rilex je. Aku chill je bila orang terbeliak biji mata bila orang tau Safir da 1y3m tapi masih tak berjalan lagi.

Alahaiii.. kalau korang tengok Safir tu pun memang macam baby-baby sangat. Dengan manjanya menggedik menggeletis nak berdukung je. So let him be baby lama sikit. Dont grow up so fast ye sayang. Take your time baby..

Tu.. bab berjalan. Bab makan, so far dia tak memilih makan. Even teacher kat school pun kata dia ni kuat makan. Tapi kat rumah punyalah seksa nak bagi makan aiihh. Sebab dia nak makan sendiri! Bila aku nak suap, mulalah dia bertukar jadik ulat terleding sana terleding sini. So aku akan bagi dia pinggan berisi nasi 6,7 butir n sudu untuk dia buat main. So time dia ralit main2 makan tu, aku suap la dia. Dia nganga je lah nanti. Jadik mak kena bijak sikit ye. Haha.. 

Bertabah la mama nak sental kau lepas ni nak oiii..

Dan walaupun gigi dia cuma ada 5 batang tang depan je, tapi keropok ikan tu punyalah dia suka makan. Semalam aku beli sambal kerepek kentang tu, dia tunjuk2 nak. Aku try bagi. Dia selamba je makan dan mintak lagi! Perghh.. kecik-kecik da selera pedas ye. Bab selera makan, no problem.

Bab relationship dengan Saif, masih lagi bergaduh-gaduh manja. Apa yang kat tangan Saif tu la yang dia nak and apa yang kat tangan dia tu la yang Saif nak. Berebut la jawabnya. Tapi Safir spesis rebel. Dia geram, dia pi gigit si abam Saif yang cikeding tu. Melalak la sudahnya. Kecik besar kecik besar mama tengok 2-2 budak ni.

 Budak ni memang suka menyibok


Ok.. nak balik da. Nanti sambung cerita lagi. k, bai.

Waffle Sedap Hingga Ke Syurga



Sejak kes miscarriage hari tu, kerap jugak la aku ke Hospital Putrajaya. Walaupun rasa hazab betul sebab kena menapak jauh dari tempat parking and then kena pulak menunggu berjam-jam untuk consultation yang cuma beberapa minit je. Semalam punyalah lama menunggu sampaikan habis satu buku aku baca dari page pertama sampai page 120. Hmmmhh.. seb baik bawak buku. Kalau tak, mesti dah keluar janggut kambing kat dagu aku, melangutttttt je..

Tapi ada satu tarikan yang menyebabkan aku rajin nak ke sana. Sebab adanya waffle yang super sedap!! Actually lama dah aku merasa waffle kat cafe sini rasanya sejak tahun lepas masa mengandungkan Safir. Aku ni bila mengandung memang macam2 kesnya so selalu la kena refer ke hospital. Tapi takpe, sebab adanya waffle yang sedap ni, kekadang tak sakit pun boleh jadi sesaja singgah semata-mata nak beli waffle ni.

Waffle ni dia punya rasa masih sama macam kali pertama aku makan dulu. Kekal tak berubah. Rasa gebu-gebu crunchy pastu flavornya pun maintain je rasa manis-manis masin. Oh ye, aku kekal memilih flavor yang sama - peanut butter + coklat. Sedap macam ke syurga. Hahaha..

Aku tak pasti la tukang buat waffle tu orang yang sama ke tak tapi waffle tu tetap maintain kesedapannya. Aku kalau da suka sesuatu tu, walau ribut badai datang melanda pun aku akan tetap suka. Diharap rasa waffle ini tak berubah. Kot la berubah rasa tak mencapai piawaian yang aku tetapkan, memang susah la aku nak datang beli balik. Pangkah terus.

Setakat ni masih kekal sedap. So kipidap!


Monday, November 2, 2015

Suatu Pagi Yang Rebel

sumber : google

Pada suatu pagi, kau membelah jalan menuju ke kantor. Di bulatan utama, kereta berderetan beratur panjang. Ada yang tak berapa nak ada sivik mencelah di antara aturan sehingga laluan kau terhalang.

Tapi kau sabar. Tak mengapalah, ada hal nak cepat tu agaknya, bisik hati kau penuh dengan aura positif.

Pada suatu pagi yang lain, kau membelah jalan yang sama. Situasi serupa, pasti ada kereta yang tersengkang menghalang laluan kau.

Tapi pagi itu kau rebel. Kau tekan hon sekuat hati sambil jerit "Bongok! Tak belajar sivik ke???!! Kau ingat kau sorang je yang nak cepat haaa!!! Orang lain pun nak cepat pergi kerja jugak! Kalau kau nak cepat sangat, apasal kau tak gerak sebelum Subuh tadi??? La ni nak main selit-selit potong barisan. Aku selit kau kat celah pisau mesin rumput nakkk???!!!"

Nafas berdengus kasar. Puas melepaskan amarah.

Tapi betul ke marah itu dilepaskan pada tempat yang betul. Atau pun kau marah pada perkara lain tetapi dihamburkan ke arah lain.

Biasanya lumrah begitulah. Kalau tak, takkan lah wujudnya pepatah 'pukul anak, sindir menantu', 'marahkan nyamuk, kelambu dibakar', 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'..

Semuanya berkaitan dengan satu faktor 'X' yang menjadi penyebab kepada suatu kerosakan yang lain.

So, apa yang kau perlu buat supaya faktor 'X' tak terus-menerus menjadi virus yang bernanah menjadi barah yang merosakkan hati kau?

Kuncinya 'SABAR'.

Cakap senanglah. If you're in my shoes, berapa lama nak sabar?

Tiangnya 'IMAN'.

Macam mana kuatkan iman?

Caranya 'SOLAT'.

Ambil wudhuk. Cuba rasai kesejukan air yang mengalir membasahi anggota tubuh. Sejuknya memadamkan api amarah. Dan saat kau lafazkan bait-bait bacaan dalam solat, hayati maknanya. Kau akan rasa satu ketenangan yang sangat mendamaikan hati.

Sebab tulah, perempuan yang tengah cuti solat mudah nak hot temper tak tentu pasal. Sebab tak boleh solat. Bila tak boleh solat, iman jadi tak berapa kuat. Bila iman tak berapa nak kuat, itulah jadinya punca hilang sabar.

As simple as that. Itu pun susah nak faham ke. Aiiihhhhh...


p/s : Bersabarlah dengan kaum perempuan yang adakalanya berubah menjadi kurang sabar..



Sunday, November 1, 2015

Tired



Ada suatu detik dalam hidup di mana kau akan berkata "Aku dah letih nak hadap semua ni.."

Kau rasa nak lari bebaskan diri tapi kaki terikat rapi..

Kau rasa nak jerit kepada alam tapi akhirnya hanya mampu diam..

Apapun keputusan yang kau buat, jangan sekali-kali menyalahkan orang lain. Sebab keputusan tu dibuat atas rasional atau emosional kau sendiri.

Dan sesungguhnya sabar itu adalah anugerah paling indah daripada Allah buat hamba-Nya yang kuat berpaksikan iman.

Astaghfirullahalazim..
posted from Bloggeroid
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...