Thursday, December 31, 2015

OOTD

Tak pernah-pernah aku upload ootd kan. Hari ni buang tebiat sket. Hahaha..



I just love the color combination of my outfit today. Aku suka merah, n aku juga suka color pastel. Warna yg sinonim ngan kaum perempuan kan. Bila combine ngan skirt hitam, fefeeling elegant sangat. Hahaha.. bagi chance la sesekali nak syok sendiri.

Blouse ni lama dah beli kat Bella Ammara tapi baru ni nak pakai. Geram je aku sebab masa tu aku beli blouse ni harga rm79. Tetiba esoknya dia buat YES harga jadik rm59. Grrrr.. aku nak beli lagi color lain tapi bila nak buat payment kat website dia, hang plak. Berapa jam ntah pending je last2 cancel je.

Ok, nak citer tu je. Bye.

*update : aku baru tengok website, blouse ni turun harga lagi RM49 je. wahhh..sawan! nak beli!
posted from Bloggeroid

Wednesday, December 23, 2015

Jaga Baik Baik..

Korang ada tengok tak iklan yang si maria paridah tergedik-gedik gebus gebas kat tv3 tu? Eishh.. meremang bulu roma tengoknya. Kalau keluar iklan tu cepat2 aku alih channel, tak elok utk tontonan kaum lelaki dalam rumah aku ni. Huhu..

Ok, bukan nak cerita pasal iklan tu pun tapi pasal produk penjagaan muka ni ha.. sedar diri la jugak usia makin meningkat, risau jugak kalau berkedut sana sini. Setakat ni kedut2 macam takde lagi tapi muka memang nampak tak berapa nak tegang. Maunya tak, kalau da asyik berkerut muka kat ofis n kat rumah dengan anaknya..

Bila ada anak ni, memang rutin penjagaan muka sedikit terabai. Nasib baik la zaman anak dara dulu aku da telan berkodi-kodi kolagen so selamat la lambat sikit proses penuaan tu. So sekarang kena jaga muka balik.

Nak bagi muka tegang, kenalah pakai produk yg ada kolagen ye tak. Setelah puas membelek segala produk kat watson tu, akhirnya aku pilih untuk beli Nutox Anti Ageing Cream. Cream ni aku pakai waktu malam je la sbb waktu kita tidur tu la cream ni akan rawat muka kita. Gitu.. waktu siang aku pakai Safi Rania Gold, tunggu krim tu sikit lagi nak abis, pastu sambung pakai Nutox ni plak.


Kotak baru beli haaa buktinya..


Bekas cream gini la

Pastu aku beli gak mask yang ada kolagen. Lama gila tak pakai mask. Kali terakhir 2 tahun lepas kot. Hahaha.. ni malam tadi aku pakai mask ni, sibuk je budak 2 org tu nak belek2 muka aku. Saif siap cakap 'takut..takut..' cehh.. time pakai mask memang la takut. Tengok nanti mama da bukak mask mesti Saif terpegun dan berkata 'wahh..tantekkk..' hahaha..


Dari dulu aku suka brand Activa ni. Sebelum ni pakai yg Double Whitening. Ni pakai yang Firming plak la. Kata nak bagi muka tegang kan...

Ok. Tu je aku nak share bab jaga muka waktu malam. Kulit aku ni tak berapa nak cantik so kena jaga lebih sikit la. Bak kata mokcik maria paridah 'JAGA BAIK-BAIK..'

posted from Bloggeroid

Wednesday, December 16, 2015

Label Di Dapur

Dah lama dah aku nak tukar label buruk kat barang-barang dapur tu. So bila da ada printer color, memang sedap la aku dok print macam2 label. So manfaatkan hari cuti dengan buat keja berfaedah, meh tukar label.

 Gigih nak gunting satu-satu ni dengan anak berebut nak gunting jugak

 Bekas garam Before and After

All the rempah ratus

Love this view so much... 

 
Tempat susun segala rempah ratus dan bahan memasak. Minyak aku tuang dalam bekas purple tu, senang nak curah kat kuali..

Tepung pun kena label. Salah guna tepung naya je

Rempah serbuk

Ini tempat segala jenis bahan bancuhan minuman dan susu anak. Yang kanan sekali color peach tu aku da tukar color pink baru la match semua kan.

Ni lagi..

Tempat simpan stok barang kering


Ok daaa.. tu je nak share hari ni. bye...

Wednesday, December 2, 2015

Book Addicted

Dah lama tak share cerita pasal susun atur kan.. cuti sempena besday encik suami hari tu kitorang pi la ke IKEA untuk beli rak buku yang dah lama aku dok zikir kat telinga encik suami. Bukannya pe, sejak pindah rumah baru ni setahun lepas, ada 2 kotak buku dan file yang terperuk. Oh ye, nasib la encik suami pun minat beli buku gak so nampak la kan kepentingan rak buku tu.

Macam-macam jenis buku aiihhh.. ni koleksi buku encik suami ni..

Dan walaupun ada banyak buku yang aku tak habis baca lagi, tapi aku memang tak boleh control diri untuk beli buku baru setiap bulan. Kiranya duit gaji tu mesti ada portion la untuk beli buku. Ada yang kata buat apa beli kalau tak baca. Actually buku-buku ni memang kekadang tak sempat nak baca, tapi adakalanya buku ni akan dibaca oleh orang lain.

Ada sekali, someone email kat aku bagitau nak beli salah sebuah buku yang aku pernah review dalam blog ni. Katanya da puas cari buku tu tak jumpa so dia nak beli buku tu dengan aku. Actually aku tak habis lagi baca buku tu tapi sebab orang tu bersungguh-sungguh nak, aku bagi je. Tak jual pun.

Hantaran kahwin dulu pun antaranya adalah buku. Buku 'Indahnya Hidup Bersyariat'. Femes kan buku tu. But then MIL berkenan dengan buku tu sebab ustaz kat surau belakang tu gunapakai buku yang sama. So end up bagi kat MIL buku tu. Then aku beli lagi buku tu. Sebab aku rasa buku tu sangat bagus, setiap rumah mesti ada buku ni sebagai manual guide.

'Aku Terima Nikahnya' tu hantaran encik suami untuk aku. 'Indahnya Hidup Bersyariat' tu hantaran aku untuk encik suami. Lagi baguiihhh bagi buku daripada benda-benda mengarut yang mahal-mahal. 2-2 buku ni memang da khatam n da berapa kali ulang baca dah. Memang bagus sangat.

Ok lah, ni rak buku yang aku da susun. Aku susun gabungkan 2 rak ni macam ni. Memang sengaja beli rak yang sama sebab nak matchkan dengan rak lama. Aku suka rak ni sebab simple n boleh adjust tinggi rendah setiap rak tu. Yang kat dalam folder putih tu fail yang simpan semua rekod pasal rumah, kereta, bil-bil etc. Nanti nak buat label cantik-cantik sket tampal kat folder tu. Hiii..

Rak buku ni model BILLY kat IKEA. Yang kiri-lama, yang kanan-baru. Kot beranak-pinak lagi buku nanti beli lagi rak yang sama, sambung-sambung je.

Buku-buku ni aku susun ikut kategori genre buku. 2 yang atas belah kiri tu genre islamic. 3rd dan 4th row plak buku-buku berkaitan self-improvement. Belah kanan tu plak yang 2 atas bil-bil, 3rd tu genre apa ek nak cakap, jenis motivasi jugak la tapi versi santai macam UYDL, Diagnosis etc. 4th plak buku-buku resepi. Yang bawah-bawah tu letak magazine. 

Dan kalau korang perasan, aku susun buku tu ikut ketinggian. Paling tinggi belah kiri then menurun makin rendah ke belah kanan. Dari dulu memang suka susun macam ni. Huhu.. kalau susun tak ikut ketinggian buku tu rasa annoying sangat. Hahaha..

Ok la, nak share tu je. Bye..

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...