Monday, April 11, 2016

GBSB Family Fun Day 2.0

Finally.. tibalah hari yang dinanti-nanti. Setelah sekian lama merancang, walau ada pelbagai cabaran jugak demi merealisasikan event ni, Alhamdulillah akhirnya semua berjalan dengan lancar.

Aku hanya datang pada hari kedua je iaitu hari games pada Ahad. Aku tak dapat nak bermalam kat sana sebab nak buat preparation untuk pergi os plak hari isnin tu. kalau tak, memang tak sempat la nak mendobi, nak melipat lagi, nak pack baju lagi..owhh banyak kejanya. maka korbankan hari Sabtu untuk selesaikan semua urusan, maka Ahad je kita berjimba.

Aku sampai kira on time la jugak. 7.50 pagi da berjaya sampai kat Gold Coast. Actually Gold Coast ni takde la jauh sangat pun dari rumah kitorang. Lebih kurang 40 minit je. So lepas Subuh tu terus bersiap dan gerak.

Aktiviti dimulakan dengan menari chicken dance. saje nak bagi warm up dulu kan. tapi bebudak semua tak reti nak berchicken dance. nasib la Hadif anak si khai sporting, dia yang jadik instructor kat depan menari chicken dance. memang sesuai la menang anugerah anak sporting.

Sesi chicken dance..  anak2 kat depan tu elok je buat hal sendiri. hahaha..

Ok, sebelum muka masing2 berlengas, mesti lah ambik gambar dulu kan. Aku malas nak cerita panjang. Tengok gambar je la ye. Aku idak le masukkan semua gambar aktiviti, jenuh plak korang nak tengok semua. selected pic je la. hahahaha...

 Mak-mak gojes

Superdad yang sporting.. tanpa keizinan dan keredhaan para suami maka tidak lah program ini akan terjadi.. huhu..

My cheeky boys... 

Game isi air dalam botol

Tak sia-sia berlatih kat bilik air hari2.. hahaha

Yeahh.. Saif menang! Well done!

 Ni game untuk anak2 below 2years lesen P. Games mok cun namanya. Anak sapa lari sampai kat mak dia dulu menang. Safir tu da laju da nak berlari tu, tapi pastu dia tergedik2 menyengih plak.

Tapi menang jugak! huhu.. arash menang gak. amboiii sedapnya leenda minum air kotak kat belakang tu...

Ni game suamiku pocong. dasyat diorang ni melompat. memang dah rupa pocong la. hahaha.. tengok anak sape nanges kat bawah tu, takut nampak pocong melompat. haahhaha..

Game balang beracun. Jasmin kena dedahkan rahsia dia yang paling busuk! hahaha.. kitorang tau da rahsia ko min! Ciknaa plak kena say ilebiu kat hubby. hihi..

Bab bergambar, pantang! Pantang tertinggal!

 Lastly, sesi bagi anugerah dan hadiah cabutan bertuah n goodies bagai. Icha anak yatie menang anugerah anak paling ceria. tu macam muka tak percaya je..hahaha..
 Family potrait.. tertutup plak muka Saif.. huhu.. jadik lahhh..

Sebahagian hadiah n goodies yang dapat. Murah rezeki anda semua. Nanti kita buat entri review satu2 sponsor ye.

Ok, selesai sudah GBSB Fun Family Day 2.0 bagi tahun 2016. InsyaAllah panjang umur murah rezeki, kita buat lagi. Love GBSB!






4 comments:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...