Friday, April 22, 2016

Review : Sponsor Fun Family Day GBSB 2.0

Hai korang.. jaga-jaga aku nak update blog ni. hahaha... baru berkesempatan nak buat review sponsor fun family day GBSB 2.0 kat Morib Gold Coast hari tu. Macam-macam khazanah setiap orang dapat bawak balik. Alahaiii murah rezeki korang wahai sponsor sekalian.

Sebahagian khazanah fun family day kali ini. Diulangi lagi, sebahagian saja ye. Yang makanan macam2 lagi ada kat atas meja aku lupa nak snap sekali.

So, aku nak review satu-satu nih. Our main sponsor la yg dalam goodies bag.

  Tissue cover ni comey sangat aiihhh n very praktikal. Aku pun fefeeling eksyen gak bila kuarkan tisu dari handbag siap ada tissue cover haa.. memang sesuai sangat la kalau nak bagi tissue cover ni as gift.

Follow ig : ddsewwithlove
 
Sayang sangat embroidery towel by Aidan Stitch ni sebab ada sulam event kami Gojes FunDay@Morib2015. Kenangan sangat nih. Towel nih sangat berkualiti, tebal dan gebusss.. Cantik siap ikat reben haa.. Sesuai sangat kalau nak buat door gift ke.. request je nak sulam ape pun mesti boleh punya. 

 Follow ig : vanillavendor
Follow FB : AidanStitch
 
 Ini pulak pin tudung bentuk dokoh. Aku memang suka dokoh. Nampak classic yet elegant. Eceehh..

Follow ig : doublek_label

 
 Owhhh.. bawang goreng Projek Niaga ni memang sedap bak hang! Dia da sponsor satu balang ni, aku beli satu lagi balang yang besar buat stok. Huhu.. bawang goreng ni punyelah sedap hinggakan kitorang anak beranak ratah gitu je kruuupp kraaappp macam makan keropok. 

Then Projek Niaga pun ada sponsor inspired perfume. Aku dapat DKNY Blossom. Memang sama la bau dengan yang original. 

Follow FB : Projek Niaga Ent.
Follow ig : projekniaga


 Haaa... ini plak brownies yang tak perlu diperkenalkan lagi. Meletops brownies ni tau. Disponsor oleh blogger kita yang hot sapa lagi kalau bukan si Rara. Dia sponsor one slice untuk setiap sorang budak untuk sambutan besday. Tapi sebab brownies dia sedap, mana la cukup one slice. Of course la aku kena beli lagi yg full set. Memang sedap sangat! Tak manis sangat n then kat dalamnya tu ada plak kepingan coklat. Perghh.. sedap.. sedap.. memang satu kerugian la kalau korang tak merasa. Rasanya brownies ni boleh pos jugak kot, ye ke rara? hahaha..

Follow ig : sugarlandbyrara

 
 Yang ni plak datang jauh dari Johor. Johor memang tak dapat dipisahkan dengan Mee Bandung dan Mee Siput. Ya Allah.. rasa nak menitik air liur terbayangkan kesedapan 2 nikmat dunia nih.

Mee siput follow ig : jjmakpon_official
Perencah Mee Bandung follow FB : Pengedar Mak Pon Perencah Mee Bandung


 Ini pulak muffin yang disponsor oleh kak amy kita. kak Amy ni memang pandai masak macam2, semua sedap. Aku pernah order lasagna. Sedapp hoii.. La ni da makin maju buat frozen food plak. Kalau la aku dok dekat gombak maunya muka aku je yang beli frozen food ni. oh ye.. aku x sempat snap gambo muffin ni sebab anak aku da selamat ngapp dalam kereta. So aku cilok je dari blog ciknaa. Muahaha..


 Design baju untuk tahun ni direka oleh Ekin Jamal. Memang terer bab design nih. 

Follow ig : byekinjamal

 Then t-shirt ni dicetak oleh All About Printing. Tshirt cotton yang berkualiti, cantik terletak. Ngam anak aku pakai ni haa.. mak pak nya pakai pun lagi la ngam.
 
Follow FB : ALLABOUTPRINTING
 




Alhamdulillah... murah rezeki para sponsor sekalian. InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi next family day 3.0 tahun depan.


1 comment:

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...