Monday, May 23, 2016

New Addiction

Assalamualaikum dan haii...

Lama dah tak update blog. Ni baru balik daripada interview HLP. Letih kot tapi rasa lega sangat la semua da setel. Tunggu result je la. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Amin.. So sementara nak warm up sebelum sambung buat kerja, marilah kita update blog kejap.

Saje je nak cerita my new addiction. Orang lain kot addict nak collect handbag ke, collect kasut ke.. tapi aku plak dok addict buat kek je sekarang. Haha.. sungguh mak-mak hobi ini.

Actually aku memang suka baking tapi da lama stop sebab kedudukan plug oven yang tak sesuai. Alasan sangat kan.haha.. aku memang gitu, kalau benda tu da tak menepati piawaian aku, aku da terus rasa malas nak buat.

Baru-baru ni, encik suami da menyelesaikan masalah plug oven tu. Pasang extension je pun. Tapi kalau kemalasan didahulukan, memang takkan terpasang la extension tu sampai bila-bila. So plug da ok, so dah takde alasan untuk aku bermalas-malasan membaking.

So sebab aku suka makan brownies, maka aku pun rasmikan semula oven tu dengan membuat brownies. Bahan senang aje cuma mahal sket la tang chocolate tu. Sebab yang menjamin kesedapan brownies tu adalah penggunaan coklat yang berkualiti.

Actually aku takde lah nak share resepi bagai sebab aku cuma nak cerita hobi aku sekarang kan. hahaha.. resepi aku google ja. So inilah beberapa hasilnya.

My first brownies kedut.. nikmat dunia yang tak boleh dinafikan..  rasa chocolate tu heaven sangat.

 Potong-potong bawak ke opis. Licin. haha..

Try buat congo bar. Aku tak pernah makan congo bar so tak tau rasa sebenar macam mana n xtau la jadik ke tak sebenarnya congo bar aku buat ni. Hahaha.. bawak pi opis, licin dengan alas loyang bawah tu lenyap sekali. haha..

Baked macaroni cheese! Adik aku sibuk la suh buat masa dia ngan mak aku datang. So aku buat la. Feveret gak nih.

Ni chocmoist cake yang aku buat untuk bagi budak-budak masa sambutan Hari Guru kat tadika Saif hari tu. Sedap gak. Pandai aku buat.hahaha.. ni Saif ada tolong tabur-tabur hiasan atas tu. Tapi ni versi kukus.

Ni yang semalam buat brownies kedut lagi, test resepi lain. try buat piping. Kira ok la kan. Tang potong bergerigi tu sakit skit mata aku tengok. Tapi aku da beli cutter baru. hope cantik la kejadiannya lepas ni.

 Pasni nak try buat cake decoration plak. La ni asal pegang hp or bukak youtube asyik la dok tengok tutorial kek ja. Hahaha.. ada rezeki mana tau jadi sumber #duakerja plak kan. Nak order boleh, cakap je nak apa, semua aku buat. Hahaha..

Teringin nak jadi macam kak Azlita masam manis tu. Terer giler baking. Gambo plak cantik-cantik. Masa ni aku mula menyesal jual DSLR aku. Sobsss..





No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...