Monday, June 6, 2016

Projek Oven

Salam 1 Ramadan...

Bersempena hari baik lagi mulia ni, dengan ini aku secara rasminya melancarkan Projek Oven!





Ya..ya.. aku tau lah bulan puasa mana ada orang makan. Tapi waktu malam boleh makan kan?kan? kan? hehehe.. tak pun, kot la korang da mula fikir-fikir nak bawak manisan apa yang untuk balik kampung raya nanti (dah fikir nak raya!)..haaa.. boleh la start order ngan kita.

Aku memang ambil masa lama sebelum berani nak lancarkan projek ni. Ya, aku perlu berekperimen dulu dengan pelbagai jenis resepi. Aku sangat pentingkan kualiti rasa. Kalau aku rasa tak sedap, aku tak nak jual. Memang banyak kali jugak la aku buat ni sampailah dapat yang betul-betul menepati citarasa aku dan InsyaAllah citarasa korang jugak.

Aku juga perlu bereksperimen dengan masa sebab aku buat ni secara part-time iaitu lepas balik kerja so kena ambil kira juga kekangan masa yang ada dengan jumlah order. Masa tu penting sebab aku masih perlu beri fokus utama pada pekerjaan hakiki.

Setakat ni aku fokus kepada 3 projek ini saja :
  • Brownies kedut with melted choc inside
  • Choc n cheese moist cake with melted cheese inside
  • Congo bar
Brownies kedut tu korang boleh request nak topping apa. Nutella, almond, kitkat, strawberries etc..pun boleh.

Ok, bolehlah like instagram kita : Projek Oven


Hahaha..maap ye buat korang terliur di kala puasa ini..

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...