Friday, June 3, 2016

Syoknye Iron Baju!

Aku memang tak pernah suka pun kerja meng'iron' baju ni. Penat dan panas. Baju kerja aku of course la kena iron. Encik suami pulak kerja private memang kena pakai kemeja. Iron lagi. Uniform Saif pun kena iron! Plak tu ada certain types of baju yang spesis susah nak iron tu, mak aiihhh berjam2 iron pun berkedut jugak! Stress mak!!


Setelah sekian lama dok survey sana sini, aku nekadkan hati aku mesti beli iron jenis steam generator. Aku dah test guna kakak ipar aku punya iron, memang syok giler la. Sekali iron, depan belakang licin terus! Kan da jimat masa tu.

Dan kini, segala penderitaan itu telah berakhir! My super power Philips Steam Generator Iron dah sampai!!

Hensem sangat kan iron ni?

Yang ni model SpeedCare GC6611. Tank kecik je 1.2 liter. Aku isi penuh sampai maximum, guna untuk iron 5 pasang baju dan 3 tudung, baru separuh air je luak.  Tengok gambar powerful steam tu. Steam akan tembus sampai ke beberapa lapisan baju, tu yang sekali lalu je terus depan belakang licin tu.

 Ada lampu kat iron ni sebagai indicator on dan kalau air da tinggal sikit, dia akan kelip2. 

Aku nak cerita detail sangat pasal teknikal iron ni, aku tak reti sangat. Aku pun baru sekali je guna iron ni. Yang penting, memang sangat mudahkan kerja aku. Sebelum ni tiap2 malam/subuh aku akan terhegeh2 iron baju. Aku hanya berjaya iron baju 2 pasang je dalam masa sejam. Aku memang slow bab iron ni. Tapi la ni tak sampai sejam aku da dapat iron 5 pasang baju + 3 tudung. Tu pun kira slow tu sebab kejap2 aku check baju tu betul ke da licin. Macam tak caya je sekali lalu terus licin. Huhuhu.. Bila baju da siap iron semua, malam2 seterusnya aku rilex giler tak payah kelam kabut nak tidokan Safir baru nak iron baju. La ni aku lebih rilex, waktu malam boleh spend buat benda lain, baking ke.. homeschool saif ke..layan movie ke.. kan heaven tu.

Promote sket untuk korang yang minat nak beli. Aku beli ni dengan MyBazaarUK. Korang search je FB tu. IG pun ada. Urusan dengan MyBazaarUK ni sangat bagus. Rajin dia melayan aku tanya tu tanya ni. Aku banyak songeh sket sebab pernah kena tipu beli barang direct UK kan. Tapi dengan dia ni ok. Ni beli pre-order tau. Aku order bulan Feb, ETA bulan Mei dan betul-betul bulan Mei tu dapat barang tapi hujung bulan la. Aku pun faham barang kekadang payah nak lepas kat kastam. Bila barang da sampai, dia terus inform. Aku pick sendiri je kat rumah agen dia kat Presint 15, Putrajaya ni. Masa ambik tu, aku memang wowww la sebab kotaknya je memang perfect macam baru keluar kedai. Tak macam barang naik kargo je. Condition barang pun perfect. Memang puas hati sangat.

Harga? RM495 sahaja including shipping semua. Tapi pos dalam Malaysia not included. Aku sebab pick sendiri so memang RM495 tu je la totalnya.

Teruja? Silalah order.. huhuhu..

2 comments:

  1. tp ko beli takde dpt iron board kan nadt? ke elok je guna iron board biasa tu?

    ReplyDelete
  2. takde iron board. tapi elok je guna ironboard biasa cumanya tank tu aku letak kat meja lain sbb ironboard biasa tak muat. baju iron macam biasa.

    ReplyDelete

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...