Monday, June 5, 2017

REZEKI

Lama hoiii tak update blog ni. Last update 06.06.2016. Hari ni pulak 05.06.2017. Hahaha..lagi sehari genap setahun aku tak update blog huhuhu...

Rasa macam busy sangat, ada je benda nak dibuat. Kat ofis..kat rumah.. weekend pulak kalau tak balik kampung, ada je aktivitinya. Tambah pulak dengan business brownies, memang rasa tak cukup kaki tangan.

Buat masa sekarang, aku stop business brownies tu. Baru ada masa relax-relax sikit. Sebabnya aku tak selera nak masuk dapur. Apasal tak selera pulak? Haaa... paham-paham la bila tak selera masuk dapur tu maknanya mesti ada something wrong somewhere huhuhu...

Ok lah.. pendekkan cerita (sebab aku pun tak de mood pun nak menaip ni sebenarnya), now i am officially 10 weeks pregnant. Alhamdulillah sebab memang plan tahun ni nak beranak lagi, Allah bagi rezeki tu. Tapi aku punya tak larat nauzubillah...dengan muntahnya, dengan sakit kepalanya.. brrrr..ni kira bongsu lah ye. tak kisah la boy ke, girl ke, kira bongsu lah. kalau aku lupa, tolong ingatkan ye..huhu...

So far, baby membesar dengan baik. Dah beberapa kali scan, Alhamdulillah perkembangan seiring usia, heartbeat pun memang nampak. Memang doa je lah semoga semuanya selamat. Aku tulis ni pun actually nak remind kat diri sendiri. Kot satu hari nanti aku lupa moment-moment pregnancy ni, bolehlah refer blog a.ka jurnal peribadi aku ni.

Dengan kehadiran baby ni jugak, banyak rezeki lain yang Allah bagi pada aku sekeluarga jugak. Yang tu, nanti aku share post lain k. Ok, malas dah nak taip ni. Bye.

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...