Wednesday, September 12, 2018

Happy Bubble Shower Gel by Therapybalmpuerskidsdom

Si bambam Aaira Sophea tu kulitnya memang sensitif sikit. Kalau salah guna produk, mulalah merah-merah naik ruam kat kulit dia. So kalau nak mandikan dia, memang aku pilih produk yang lembut untuk kulit dia. 


Salah satu produk yang aku guna inilah dia - Happy Bubble Shower Gel by @therapybalmpuerskidsdom . 

Antara kelebihan shower gel ni adalah : 
NATURAL
TIDAK MELEKIT
KULIT MENJADI LEMBAB
SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF


Bahannya pula terdiri daripada :
LAVENDER
JASMINE
BERGAMOT
ROSE

Ada ROSE, patut lah baunya wangiiiii sangat. Actually bukan setakat Aaira, mama Aaira pun pakai shower gel ni jugak. Even dah bilas pun, wangi rose tu melekat tau, sedap sangat.

Kalau ada yang nak cuba, boleh beli Trial Pack dulu. Baru RM15 je uolsss! Murah!

Trial set ni termasuk shower gel dan lotion. Memang berbaloi sangat!

Ok, cuba jangan tak cuba tauuuu...

Instagram : @therapybalmpuerskidsdom
Whatsapp : 011-28556016




Serbuk Cheese Segera Cheeza’s

Siapa aje yang tak suka cheese kan? Lagi-lagi si Saif, memang gila cheese. Kalau pergi KFC, cheezy wedges tu memang dia hadap satu box sorang. Siap ngendeng orang lain punya lagi. Tapi kalau hari-hari nak pi beli cheezy wedges kat KFC, memang tak mampoooo la mak.

Mujur la ada alternatif untuk gunakan serbuk cheese segera Cheeza's ni. Sonang baitu aiihhh tinggal tuang serbuk dan tambah air panas je, SIAP!! 



Senang sangat, anak pun boleh buat sendiri. Rasa pun sedap, terasa cheese nya tu. 

Senyum lebar la Saif lepas ni boleh la makan cheeza's hari-hari. Makan dengan kentang sedap, dengan ayam sedap..hari tu aku buat cicah roti lagi hahaha..punyalah sedap kan. Serius tak tipu.

Hanya 200gram CHEEZA’S CHEESE POWDER anda akan dpt hampir 750ML sos cheese..
BANYAKKKK TUUUU!!!

Nak Order?? Borong @ runcit
Cheeza's ada rangkaian stokis seluruh Malaysia / Brunei / Singapore. 

ATAU

Idea Untuk Goodies Bag

Alhamdulillah..selesai sudah Family Day GBSB 2018 kat Cyberview Resort & Spa. Kalau dah kata family day, tak sah kan kalau takde goodies bag. Syok sangat mak-mak gojes dapat macam-macam goodies. So ni nak share sikit idea nak letak barang apa dalam goodies bag tu.


Ni lah himpunan goodies bag untuk mak-mak gojes masa family day hari tu



 Macam-macam hadoooo!!

1. POPCORN



Popcorn bucket serendah rm1.20 untuk bucket size kecik dan sehingga rm2.50 untuk bucket size sederhana. Yang bestnya harga yang ditawarkan dah termasuk dengan thank you sticker. wow! Jenis popcorn mushroom bulat2 berperisa caramel. Memang sedap la kan kalau caramel ni. Budak2 suka, mak ayah lagi suka. 

Lokasinya di LORONG HAJI SAID BATU 7 JALAN KEBUN. Dia beroperasi dirumah (homebase)
Kalau nk tempah boleh whatsapp 018202086 atau 0163685367
atau boleh follow ig dia @crunchysweetpopcorn


 2. BROOCH



Haa brooch ni paling sesuai untuk apa2 event. Macam kami haritu family day sah2 la ada anak2 kan? ni nk promote BROOCH COMEL PONY dari Nurul Nabilah. Boleh checkout dia punya FACEBOOK Nurul Nabilah CrafterHa'Na

Ada banyak lagi hasil kraftangan dia yang korang boleh tempah.
Boleh whatsapp dia di 01126216226


3. POMADE


Haa jangan tak tahu sekarang pomade pon boleh dijadikan barangan goodies. Sebab dia bersize comel2 je. Sesuai nak bagi ayah ke anak ke. Tak kisah. Yang penting pomade ni bukan sebarang pomade di pasaran tu. Ni pomade khas yang menggunakan EO. Ada 4 EO dalam pomade tu. ROSEMARY, CEDARWOOD, GERANIUM dan LAVENDER. Apa kelebihan EO dalam pomade ni?

Omg! Banyak la kelebihan dia. Elok untuk otak dan memory. Sesuai pakai kat anak2 yang nak pegi sekolah tu kan? Selain dapat rambut kemas ada kelebihan lain. wow!

boleh follow ig dia @bydolcerina
atau whatsapp iera - 0195205540


4. BEKAS BROOCH


Bekas brooch ni nampak ekslusif kan? yang ni kami dapat sponsor dari tokey cantik @dapurnanafarhana. Thank you nana. Semoga murah rezeki dan sentiasa sukses dalam bisnes baking nana. Korang klau nk merasa kek2, brownies ke apa yang sgt2 sedap boleh usha ig dia. @dapurnanafarhana. Nescaya tak nyesal. 

Ok setakat tu la nk review barangan yang boleh diletakkan dalam bag goodies. Barang pon berguna. Size kecik comel2 aje. Dah tu nak letak dalam apa yang nampak proper sikit utk barang goodies ni?

Haa kami dapat bag cantik dari @letsfunbox
Bagnya cantik, kukuh untuk letak barang banyak. Dan boleh recycle! yay



Ok setakat itu sahaja kalini. 
BYE~


Thursday, January 18, 2018

REVIEW HOSPITAL ANDORRA


Ramai tahu kan saya bersalin baru-baru ni di Andorra Women and Children Hospital Seri Kembangan. Memandangkan ini hospital baru, ramai yang pm minta review hospital ni. Sorry lama sangat pending post ni huhu.. So saya share lah serba sedikit pengalaman saya di hospital ni.

Start awal bulan Dec (masa tu 36 weeks), saya dah start antenatal check up di sini. At least 2 kali check up di sini sebelum bersalin. Ada 2 orang doktor di sini iaitu Dr Khamsiah dan Dr Lily. Pada asalnya staf setkan appointment saya dengan Dr Lily tapi entah macam mana dah last minute tu tukar pulak kepada Dr Kham. Saya ok je sebab both Dr pun bagus.

Oh ye untuk bersalin kat sini, kena book dulu dan bayar deposit minimum RM500 tak kisahlah pakej mana yang kita pilih. Harga promo sampai end of february so siapa nak merasa bersalin kat hospital first class dengan affordable price (while promo) cepat-cepat lah book ye. Saya ambik pakej 4 bedded room je sebab duit lebih nak spare untuk epidural jika perlu (memang perlu pun hahaha). Untuk pakej 4 bedded room harga promo RM2499. Single bed RM2999.

Hari kejadian nak bersalin tu, dalam pukul 2 lebih saya ke hospital, terus bagitau kat kaunter kata nak bersalin. Then staf kaunter tu jugak terus bawa saya ke labor room. Saya naik atas je tengok nama saya dah siap-siap tulis kat pintu labor room tu. Uiks pantas.

Masa mula-mula check in. Masih boleh senyum.

Staf nurse semua sangatlah baik dan penyabor melayan saya punya sakit. Ada nurse sorang tukang pegang tangan saya dan seorang lagi nurse duduk kat sebelah bacakan surah Maryam. Semua pun tak putus2 bagi kata semangat, ingatkan saya macam mana nak bernafas dengam betul walaupun realitinya rasa nak terhenti nafas dah.  Husband masa ni ada jugak dalam labor room.

Tak lama pastu air ketuban dah mula pecah and doc tengok dah bercampur meconium means baby dah berak dalam perut. Masa tu cuak jugak sebab biasanya dengar orang cerita kalau baby dah berak dalam perut tu kena operate. Tapi Dr Kham relax je kata boleh lagi ni normal. Pada masa sama seorang lagi dr paed standby untuk baby. Masa struggle dok push tu, saya dengar Dr Kham sebut Assalamualaikum.. by that time saya tau baby dah keluar, paed pun terus sedut segala lendir and meconium yang dah termakan tu. Then baby di bawa ke nursery untuk diorang observe.

Nurse tengah bersihkan baby

Oh ye lupa pulak, husband diberi peluang untuk cut cord baby. First time nih. Tertanjat husband bila tetiba Dr Kham panggil untuk cut cord. Mujur tak pengsan mamat tu haha. Saya tanya dia masa saya tengah berjuang tu, dia buat apa je kat tepi. Dia jawab, dia baca Yassin. Allah..sabo je la laki aku ni. Then nurse bagi uri yang dah siap basuh kat husband. Bila dah setel semua, Dr Kham ucap tahniah and peluk saya. Memang very motherly lah dr ni. 😍

**edit: husband kita kata Dr Kham yang suruh dia baca Yassin supaya baby mudah keluar. 😌**

Kat labor room ni, boleh nk ambik gambar or rekod video. Sebab suasana dlm tu tertutup. Saya yang tengah nak meneran ni pun ditutup habis semua cuma ada tingkap kecik je untuk Dr masuk tangan keluarkan baby. Even Dr Kham sendiri dok panggil husband ambik gambar tu gambar ni tapi sebab kita faham sangat husband saya tu sebenarnya dah nak putus nafas jugak dalam tu so takde gambar lah yg dia ambik kecuali 4 keping je gambo baby yang dah siap pakai baju 😏.

Saya tunggu je dalam labor room, pukul 10 lebih baru ditolak masuk wad. Seperti dijangka, even saya ambil pakej 4 bedded, tapi cuma saya sorang je dalam tu huhu..dah ibarat ambik pakej single bedroom huhu. Kat tepi katil ada kerusi yang boleh tarik jadi katil, so sesiapa yang temankan boleh tidur kat situ dengan selesa.

Makanan actually saya da order sebelum bersalin. Lepas bersalin dah penat lapar tu tengok ada pulak sirloin steak terhidang fuhhh memang rasa sedap giler lah even da sejuk steak tu huhu.. Menu pelbagai, mostly western. Nasi goreng pun ada. Menu disediakan oleh team Masterchef Zubir kelass kau gituu..

My breakfast. 

Nursery baby dekat je ngan katil saya. Tapi sepanjang malam tu memamg baby dok kat nursery je so saya boleh rehat puas-puas. Dengar suara si Sophea tu melalak tapi buat dek je. Lagipun memang tak boleh nak ambik pun sebab diorang dok bagi oksigen kat dia. Untuk mak mak yang baby xde problem, baby memang akan terus diletak kat maknya. Tapi boleh je nak hantar ke nursery kalau nak rehat.

Day 2 baru lah bebudak ni dapat jumpa adik gugurl diorang. Both excited. 

Esok paginya ada staf nurse yang datang mandikan saya. Ye, mandikan saya, bukan baby. Haha.. Yela ,lepas bersalin kan lemah lagi, nak berdiri pun bergigil2, so ini antara servis diorang, mandikan untuk first day. Next day based on request.

Alhamdulillah.. 31.12.2017 check in bersalin, 1.1.2018 dah boleh discharge. Setahun saya dok hospital haha.. Itupun lambat jugak discharge, patutnya tengahari dah boleh balik tapi kena tunggu sampai asar. Tapi Dr Kham kata no extra charge sebab dia yang lambat. Huhu.. Bestnya Dr tak berkira.

Ambil gambar sebagai kenangan


Panjang pulak ceritanya kan. Huhu..So far, dari segi layanan Dr, nurse, staf, pakcik guard semua memang 5 bintang. Cuma kena bertabah la sometimes diorang lambat sikit sebab ketidakcukupan staf. Tapi semua memang akan bagi servis terbaik. Ada rezeki, pilihlah untuk bersalin kat hospital ni. Sangat selesa, syariah compliance. Very recommended.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...