Thursday, January 18, 2018

REVIEW HOSPITAL ANDORRA


Ramai tahu kan saya bersalin baru-baru ni di Andorra Women and Children Hospital Seri Kembangan. Memandangkan ini hospital baru, ramai yang pm minta review hospital ni. Sorry lama sangat pending post ni huhu.. So saya share lah serba sedikit pengalaman saya di hospital ni.

Start awal bulan Dec (masa tu 36 weeks), saya dah start antenatal check up di sini. At least 2 kali check up di sini sebelum bersalin. Ada 2 orang doktor di sini iaitu Dr Khamsiah dan Dr Lily. Pada asalnya staf setkan appointment saya dengan Dr Lily tapi entah macam mana dah last minute tu tukar pulak kepada Dr Kham. Saya ok je sebab both Dr pun bagus.

Oh ye untuk bersalin kat sini, kena book dulu dan bayar deposit minimum RM500 tak kisahlah pakej mana yang kita pilih. Harga promo sampai end of february so siapa nak merasa bersalin kat hospital first class dengan affordable price (while promo) cepat-cepat lah book ye. Saya ambik pakej 4 bedded room je sebab duit lebih nak spare untuk epidural jika perlu (memang perlu pun hahaha). Untuk pakej 4 bedded room harga promo RM2499. Single bed RM2999.

Hari kejadian nak bersalin tu, dalam pukul 2 lebih saya ke hospital, terus bagitau kat kaunter kata nak bersalin. Then staf kaunter tu jugak terus bawa saya ke labor room. Saya naik atas je tengok nama saya dah siap-siap tulis kat pintu labor room tu. Uiks pantas.

Masa mula-mula check in. Masih boleh senyum.

Staf nurse semua sangatlah baik dan penyabor melayan saya punya sakit. Ada nurse sorang tukang pegang tangan saya dan seorang lagi nurse duduk kat sebelah bacakan surah Maryam. Semua pun tak putus2 bagi kata semangat, ingatkan saya macam mana nak bernafas dengam betul walaupun realitinya rasa nak terhenti nafas dah.  Husband masa ni ada jugak dalam labor room.

Tak lama pastu air ketuban dah mula pecah and doc tengok dah bercampur meconium means baby dah berak dalam perut. Masa tu cuak jugak sebab biasanya dengar orang cerita kalau baby dah berak dalam perut tu kena operate. Tapi Dr Kham relax je kata boleh lagi ni normal. Pada masa sama seorang lagi dr paed standby untuk baby. Masa struggle dok push tu, saya dengar Dr Kham sebut Assalamualaikum.. by that time saya tau baby dah keluar, paed pun terus sedut segala lendir and meconium yang dah termakan tu. Then baby di bawa ke nursery untuk diorang observe.

Nurse tengah bersihkan baby

Oh ye lupa pulak, husband diberi peluang untuk cut cord baby. First time nih. Tertanjat husband bila tetiba Dr Kham panggil untuk cut cord. Mujur tak pengsan mamat tu haha. Saya tanya dia masa saya tengah berjuang tu, dia buat apa je kat tepi. Dia jawab, dia baca Yassin. Allah..sabo je la laki aku ni. Then nurse bagi uri yang dah siap basuh kat husband. Bila dah setel semua, Dr Kham ucap tahniah and peluk saya. Memang very motherly lah dr ni. 😍

**edit: husband kita kata Dr Kham yang suruh dia baca Yassin supaya baby mudah keluar. 😌**

Kat labor room ni, boleh nk ambik gambar or rekod video. Sebab suasana dlm tu tertutup. Saya yang tengah nak meneran ni pun ditutup habis semua cuma ada tingkap kecik je untuk Dr masuk tangan keluarkan baby. Even Dr Kham sendiri dok panggil husband ambik gambar tu gambar ni tapi sebab kita faham sangat husband saya tu sebenarnya dah nak putus nafas jugak dalam tu so takde gambar lah yg dia ambik kecuali 4 keping je gambo baby yang dah siap pakai baju 😏.

Saya tunggu je dalam labor room, pukul 10 lebih baru ditolak masuk wad. Seperti dijangka, even saya ambil pakej 4 bedded, tapi cuma saya sorang je dalam tu huhu..dah ibarat ambik pakej single bedroom huhu. Kat tepi katil ada kerusi yang boleh tarik jadi katil, so sesiapa yang temankan boleh tidur kat situ dengan selesa.

Makanan actually saya da order sebelum bersalin. Lepas bersalin dah penat lapar tu tengok ada pulak sirloin steak terhidang fuhhh memang rasa sedap giler lah even da sejuk steak tu huhu.. Menu pelbagai, mostly western. Nasi goreng pun ada. Menu disediakan oleh team Masterchef Zubir kelass kau gituu..

My breakfast. 

Nursery baby dekat je ngan katil saya. Tapi sepanjang malam tu memamg baby dok kat nursery je so saya boleh rehat puas-puas. Dengar suara si Sophea tu melalak tapi buat dek je. Lagipun memang tak boleh nak ambik pun sebab diorang dok bagi oksigen kat dia. Untuk mak mak yang baby xde problem, baby memang akan terus diletak kat maknya. Tapi boleh je nak hantar ke nursery kalau nak rehat.

Day 2 baru lah bebudak ni dapat jumpa adik gugurl diorang. Both excited. 

Esok paginya ada staf nurse yang datang mandikan saya. Ye, mandikan saya, bukan baby. Haha.. Yela ,lepas bersalin kan lemah lagi, nak berdiri pun bergigil2, so ini antara servis diorang, mandikan untuk first day. Next day based on request.

Alhamdulillah.. 31.12.2017 check in bersalin, 1.1.2018 dah boleh discharge. Setahun saya dok hospital haha.. Itupun lambat jugak discharge, patutnya tengahari dah boleh balik tapi kena tunggu sampai asar. Tapi Dr Kham kata no extra charge sebab dia yang lambat. Huhu.. Bestnya Dr tak berkira.

Ambil gambar sebagai kenangan


Panjang pulak ceritanya kan. Huhu..So far, dari segi layanan Dr, nurse, staf, pakcik guard semua memang 5 bintang. Cuma kena bertabah la sometimes diorang lambat sikit sebab ketidakcukupan staf. Tapi semua memang akan bagi servis terbaik. Ada rezeki, pilihlah untuk bersalin kat hospital ni. Sangat selesa, syariah compliance. Very recommended.

No comments:

Post a Comment

Love you to the moon and back!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...